80 Pelajar SIS Sertai Malaysia #QuranHour Di Putrajaya

ISNIN 19 Jun, Seramai 80 orang pelajar Sekolah Izzuddin Shah telah menyertai Malaysia #QuranHour yang di adakan di Masjid Sultan Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.

 

Rombongan telah bertolak daripada Ipoh seawal pukul 5 pagi bersama-sama 10 bas rombongan yang lain dari Sekolah Menengah Raja Dr Nazrin Shah, Kampung Gajah, Sekolah Menengah Raja Perempuan Taayah, Ipoh dan Maahad Tahfiz Negeri Perak.

Turut serta sekolah di bawah KPM Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Yusuf, Sekolah Menengah Sains (SMS) Tapah, Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Gopeng, SMKA Slim River dan SMKA Sultan Azlan Shah, Bota.


Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *