Makluman Mukhayyam Khas Tahfiz Tingkatan 1 Sina Sekolah Izzuddin Shah

Assalamualaikum w.b.t.

Perkara di atas dengan segala hormatnya dirujuk.

2. Mukhayyam tersebut akan diadakan seperti berikut:

Tarikh : 25 – 27 Ogos 2017 ( Jumaat – Ahad )
Tempat : Dewan VVIP, Masjid Sultan Azlan Shah, Ipoh

3. Sehubungan dengan itu, anak tuan telah terpilih untuk mengikuti sepenuh masa mukhayyam tersebut bagi memantapkan penguasaan Al-Quran. Pihak tuan dikehendaki membekalkan jubah putih, kopiah dan serban putih untuk kegunaan sepanjang mukhayyam. Pihak sekolah juga amat mengalu-alukan sumbangan ikhlas dari ibu bapa.

4. Slip pencapaian hafazan akan diserahkan kepada ibu bapa pada 27 Ogos 2017 pukul 11.00 pagi. Para peserta dibenarkan pulang selepas majlis penutup  dan makan tengahari.

Kerjasama pihak tuan dalam perkara di atas amat dihargai dan diucapkan dengan jutaan terima kasih.

Sekian, wassalam.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

HAJI OMAR BIN BAKAR  A.M.P., P.P.T.
Pengetua,
Sekolah Izzuddin Shah, Ipoh

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *