Pelajar Cemerlang PT3 2016 Diraikan Di Sarawak

Seramai enam (6) orang pelajar Sekolah Izzuddin Shah (SIS) yang cemerlang dengan keputusan 11A, 10A dan 9A dalam PT3 2016, telah diraikan oleh pihak sekolah dengan dibawa bercuti melawat negeri Sarawak pada 18 hingga 20 Ogos 2017 yang lalu.

Lawatan ini adalah bagi menghargai usaha yang dilakukan pelajar untuk mencapai kejayaan membanggakan malah keputusan PT3 2016 telah meningkat berbanding tahun 2015.

Ia juga untuk  memberi galakan kepada pelajar-pelajar lain agar terus berusaha untuk mencapai kecemerlangan dalam kurikulum dan kokurikulum.

 


Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *