Mukhayyam Tahfiz Melabuhkan Tirai

IPOH, 27 Ogos – Pelajar-pelajar tingkatan 1 Sina Sekolah Izzuddin Shah (SIS) telah mengikuti Mukhayyam Tahfiz selama tiga hari 2 malam di Masjid Sultan Azlan Shah dekat Institut Tadbiran Islam Negeri Perak (INTIM) dari 25 hingga 27 Ogos 2017.

Mukhayyam khas ini diadakan bagi meningkatkan penguasaan al-Quran untuk memudahkan lagi pelajar-pelajar tingkatan 1 Sina untuk menghafaz al-Quran.

Pelajar 1 Sina mempersembahkan lagu tema “HambaMu”

Kelas 1 Sina pada tahun ini merupakan kumpulan pertama yang mengikuti Kurikulum Bersepadu Dini (KBD), aliran tahfiz yang dilaksanakan di SIS.

Tuan Pengetua, Tuan Haji Omar Bin Bakar telah merasmikan upacara penutup pada hari ini. Dalam ucapannya, beliau mengingatkan para pelajar agar sentiasa melazimi perkara yang diamalkan di asrama seperti solat berjemaah di Masjid/Surau, bangun awal dan sentiasa membudayakan al-Quran semasa berada di kampung.

Majlis penutup ini turut dihadiri oleh ibu/bapa/waris pelajar untuk mengikuti perkembangan anak-anak terutama dalam pencapaian menghafaz al-Quran. Tuan Pengetua menyarankan agar ibu bapa mewujudkan budaya al-Quran di rumah agar al-Quran tidak lekang dari minda anak-anak terutama pada cuti persekolahan ini.

Semoga mukhayyam ini dapat membatu para pelajar menjadi hufaz dan mencapai kecemerlangan di dunia dan akhirat.

Ustaz Naim sedang menerangkan perkembangan salah seorang pelajar kepada ibu dan bapanya.
Salah seorang pelajar memperdengarkan bacaan al-Quran secara hafazan semasa majlis penutup dimulakan.

 

 


Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *