Izzuddin Naib Juara Kawad Kaki Hari Kebangsaan Ke-60

IPOH, 31 Ogos (Khamis) – Sekolah Izzuddin Shah (SIS) meneruskan tradisi kecemerlangannya dalam pertandingan Kawad Kaki Hari Kebangsaan ke-60 peringkat Negeri Perak yang diadakan di Ipoh hari ini.

SIS telah mendapat Naib Johan dalam kategori Sekolah/IPT. Johan dimenangi Sekolah Raja Perempuan Taayah (SERATA), Ipoh dan Ketiga Sekolah Menengah Raja Dr. Nazrin Shah (SARJANA), Kampung Gajah.

Tahniah diucapkan kepada seluruh kontinjen SIS yang bertungkus lumus untuk mengekalkan kecemerlangan ini. Semoga ianya dapat dikekalkan dan dipertingkatkan untuk tahun-tahun akan datang.

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-60
KEPADA PENGUNJUNG LAMAN WEB RASMI SEKOLAH IZZUDDIN SHAH


Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *