Monthly Archives: September 2017

Tarikh Pulang Ke Kampung Bulan Oktober Dan Pemukiman Pelajar Tingkatan 4

Sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, sempena perayaan Depavali pada 18 Oktober 2017, sesi persekolahan akan bercuti pada 16 hingga 20 Oktober 2017. Sehubungan itu, pelajar dibenarkan pulang ke rumah pada hari Jumaat, 13 Oktober 2017 selepas solat Jumaat dan kembali semula ke asrama pada hari Ahad 22 Oktober 2017 sebelum pukul 6 petang. Walau bagaimanapun, pelajar tingkatan …

Program Ceramah Motivasi, Akujanji Dan Solat Hajat Pelajar PT3, SPM dan STPM

اَلسَّلاَ مُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ Sukacita dimaklumkan, Program Akujanji Dan Solat Hajat Pelajar PT3, SPM dan STPM Sekolah Izzuddin Shah (SIS), Ipoh akan diadakan seperti berikut. Tarikh : 21 September 2017 (Khamis) Masa : 12.00 tengahari – 2.00 petang Tempat : Dewan Tan Sri Ghazali Jawi , SIS dan Musalla Al-Azam, (Solat Hajat) Sehubungan itu, semua ibu/bapa/waris calon peperiksaan …

Permohonan Kemasukan Ke Tingkatan 1 Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) Perak 2018

اَلسَّلاَ مُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ Peluang untuk menjadi pelajar Sekolah Izzuddin Shah, Ipoh (SIS). Permohonan Kemasukan Ke Tingkatan 1 Sekolah Izzuddin Shah dan Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) Negeri Perak bagi tahun 2018 boleh dibuat secara dalam talian di laman web berikut selepas keputusan UPSR 2017 diumumkan. https://egerbang.perak.gov.my/smanjaipk http://jaipk.perak.gov.my http://jaipk.edu.my Syarat-syarat permohonan: Memperolehi sekurang-kurangnya 4A 2B dalam UPSR …

Majlis Ibadah Qurban 1438

Sekolah Izzuddin Shah (SIS)  dan Sekolah Raja Perempuan Taayah dengan kerjasama Persatuan Bekas Pelajar SIS dan Taayah (Alumni SISTA) dan Koperasi Alumni SISTA (KOSISTA) akan menganjurkan majlis Ibadah Qurban seperti berikut: Tarikh: 4 September 2017 (13 Zulhijjah 1438) Hari: Isnin Masa: Bermula 8.00 pagi Tempat: Padang Sekolah Izzuddin Shah Sehubungan itu semua ahli Alumni SISTA dijemput hadir menjayakan program ini.