Program Ceramah Motivasi, Akujanji Dan Solat Hajat Pelajar PT3, SPM dan STPM

اَلسَّلاَ مُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Sukacita dimaklumkan, Program Akujanji Dan Solat Hajat Pelajar PT3, SPM dan STPM Sekolah Izzuddin Shah (SIS), Ipoh akan diadakan seperti berikut.

Tarikh : 21 September 2017 (Khamis)
Masa : 12.00 tengahari – 2.00 petang
Tempat : Dewan Tan Sri Ghazali Jawi , SIS dan Musalla Al-Azam, (Solat Hajat)

Sehubungan itu, semua ibu/bapa/waris calon peperiksaan PT3, SPM dan STPM SIS amatlah digalakkan hadir.

Pada pagi ini, semua calon PT3, SPM dan STPM akan mengikuti Ceramah Motivasi yang akan disampaikan oleh Dr. Haji Mohamad Anuar Yusof, bekas pensyarah UKM dan penceramah motivasi pagi TV1 daripada Smart and Motivation Consultant.

Sekian terima kasih.


Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *