Pelawaan Menaja Majalah Sekolah (AKRAB 2017)

Merujuk kepada perkara di atas, Sidang Redaksi Majalah tahunan Sekolah Izzuddin Shah (AKRAB 2017) ingin memaklumkan bahawa majalah AKRAB bagi sesi 2017 bakal diterbitkan tidak lama lagi.

2. Proses penerbitan majalah ini memerlukan modal yang agak besar. Justeru, bagi menampung perbelanjaan tersebut, pihak kami dengan berbesar hati mempelawa syarikat tuan/puan atau secara individu bagi membuat tajaan sebagai sumbangan kepada majalah kami.

3. Sekiranya pihak tuan/puan bersetuju, pihak kami akan menyediakan ruangan dalam majalah tersebut bertujuan untuk pengiklanan seperti lampiran yang disertakan. Pihak tuan/puan hendaklah menyediakan butir-butir dan gambar yang akan dimuatkan di dalam ruang iklan tersebut. Kami hanya mengiklankan 10 tajaan terawal sahaja.

4. Kerjasama ini bukan sahaja dapat membantu pihak kami menerbitkan majalah tersebut malah turut dapat membantu bagi mempromosikan syariakt tuan/puan dengan lebih meluas.

5. Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan Encik Khairul Anwar Bin Saharudin, Guru Penasihat Akrab (012-5745265). Segala Kerjasama dari pihak tuan/puan kami ucapkan ribuan terima kasih.

Yang benar,

Khairul Anwar Bin Saharudin
Guru Penasihat,
Sidang Redaksi Majalah Akrab
Sekolah Izzuddin Shah, Ipoh


Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *