Permohonan Ke Tingkatan Satu Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) Perak 2018 Dibuka Ditutup

اَلسَّلاَ مُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Peluang untuk menjadi pelajar Sekolah Izzuddin Shah, Ipoh (SIS).

Permohonan Kemasukan Ke Tingkatan 1 Sekolah Izzuddin Shah dan Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) Negeri Perak bagi tahun 2018 kini boleh dibuat secara dalam talian di laman web berikut. telah ditutup.

https://egerbang.perak.gov.my/smanjaipk

TARIKH TUTUP PERMOHONAN: 7 DISEMBER 2017 (KHAMIS)

Cara-Cara Memohon

  1. Pastikan pemohon memenuhi syarat-syarat kelayakan. “Syarat-Syarat Kelayakan“.
  2. Sebagai pra-syarat, pemohon perlu mendaftar masuk sebagai ahli Gerbang Mesra Rakyat (GMR) Negeri Perak terlebih dahulu. Sila daftar baru jika pemohon belum pernah mendaftar sebagai ahli GMR.
  3. Maklumat ahli GMR yang didaftarkan mestilah maklumat pemohon sendiri. Bukan maklumat ibu-bapa, penjaga atau orang lain.
  4. Pendaftaran untuk sesi 2018 dibuka dari 23/11/2017 hingga 07/12/2017.
  5. Pendaftaran untuk sesi 2018 mestilah dihantar selewat-lewatnya pada 07/12/2017.
  6. Sila isikan borang dengan lengkap dan tepat.
  7. Pastikan pemohon menekan butang Hantar dan mendapat nombor rujukan.
  8. Selepas menghantar borang, sila cetak borang dan hantar dokumen-dokumen sokongan ke Bahagian Pendidikan, Jabatan Agama Islam Perak di alamat yang disediakan.
  9. Pemohon boleh mula memeriksa status permohonan bermula pada 12/12/2017

Sila Muat Turun Panduan Pengguna

Syarat-syarat Kelayakan

PERMOHONAN TELAH DITUTUP.

  1. Memperolehi sekurang-kurangnya 4A dalam UPSR 2017
  2. Memperolehi sekurang-kurangnya 5A 3B dalam UPKK 2016
  3. Menduduki Peperiksaan Sijil Rendah Agama Islam Perak (SRAI) 2017

Sila lihat senarai Sekolah Menengah Agama Kerajaan Negeri Perak.

“CALON-CALON YANG MEMENUHI SYARAT AKAN DIPANGGIL MENDUDUKI UJIAN KHAS HAFAZAN AL-QURAN (LISAN)”

Berikut adalah senarai Sekolah Menengah Agama Kerajaan Negeri Perak

  1. Sekolah Izzuddin Shah (Lelaki)
  2. Sekolah Raja Perempuan Taayah (Perempuan)
  3. Sekolah Menengah Raja Dr. Nazrin Shah (Lelaki & Perempuan)
  4. Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan Manjung (Lelaki)
  5. Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan Kuala Kangsar (Lelaki)
  6. Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan Lenggong (Lelaki)
  7. Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan Tapah (Perempuan)
  8. Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan Kerian (Perempuan)

 


Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *