Selamat Bercuti Akhir Tahun Kepada Semua Pelajar Sekolah Izzuddin Shah

Selamat Bercuti Akhir Tahun Kepada Semua Pelajar Sekolah Izzuddin Shah.

Tempuhi cuti kalian dengan perkara-perkara yang berfaedah. Berbaktilah kepada ibu/bapa/penjaga kalian. Lazimi perkara yang selalu diamalkan di asrama seperti solat berjemaah dan berdamping dengan al-Quran.

Semoga cuti yang dilalui akan memberikan semangat baharu apabila kembali ke sekolah pada 2018.

Kepada yang bakal menamatkan pengajian di SIS seperti calon-calon SPM & STPM, Selamat Maju Jaya dalam apa jua perkara yang diceburi. Semoga hasil pengajian di SIS akan memberi manfaat kepada kalian, agama dan negara.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *