Notis Mesyuarat Agung PIBG SIS Kali Ke-35 Sesi 2017/2018 – Pindaan Waktu

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung PIBG SIS kali ke-35 akan diadakan seperti berikut :

Tarikh : 16 Mac 2018
Hari : Jumaat
Masa : 2.45 petang 10.00 pagi
Tempat : Dewan Tan Sri Ghazali Jawi, Sekolah Izzuddin Shah

2.  Agenda mesyuarat :

  • i. Ucapan Pengerusi
  • ii. Ucapan Penasihat
  • iii. Membentang dan mengesahkan Minit Mesyuarat Agung Kali Ke-34
  • iv. Membentang dan menerima Laporan Tahunan
  • v. Membentang dan meluluskan Laporan Kewangan PIBG 2017
  • vi. Membentangkan dan membahaskan usul-usul
  • vii. Hal-hal lain
  • viii. Ucapan penangguhan

3.  Sehubungan dengan itu, tuan/puan dijemput menghadiri mesyuarat tersebut. Tuan/puan yang mengemukakan usul diminta hadir pada hari mesyuarat bagi membahaskan usul yang dicadangkan.

4.  Borang Usul dan pengesahan kehadiran boleh diserahkan kepada guru kelas anak jagaan tuan/puan ATAU melalui e-mel di alamat pibg@sekizzuddinshah.edu.my sebelum 23 Februari 2018 5hb. Mac 2018 pukul 12.00 tengah hari.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

(NUR ATHIRAH BT MUHAMMAD FA’AIZAL)
Setiausaha,
Persatuan Ibu Bapa dan Guru,
Sekolah Izzuddin Shah, Ipoh.


Comments

Tinggalkan Balasan kepada Asrol paris bin mastan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *