SIS Johan Keseluruhan Ihtifal Ilmi SMA Peringkat Negeri Perak 2018

Alhamdulillah.

Sekolah Izzuddin Shah (SIS) telah dinobatkan Johan Keseluruhan Ihtifal Ilmi Sekolah Menengah Agama Peringkat Negeri Perak 2018 yang telah diadakan pada 9 dan 10 Mac 2018 di Sekolah Menengah Raja Dr. Nazrin Shah (SARJANA), Kampung Gajah Perak.

SIS telah menggondol 5 johan, 4 naib johan, 1 tempat ketiga dan 1 tempat keempat. SIS telah meperolehi johan dalam acara berikut:

  1. Kitab Thurath
  2. Bahas
  3. Tilawah al-Quran
  4. Syarahan Bahasa Inggeris
  5. Khat 

 

Pasukan Bahas SIS
Pasukan Bahas SIS

SIS akan mewakili Negeri Perak dalam acara-acara tersebut di Ihtifal Ilmi Sekolah Menengah Agama Malaysia (MIISMAM) Peringkat Kebangsaan anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang akan diadakan di Negeri Sembilan pada Jun 2018.

Semoga pasukan SIS terus cemerlang di MIISMAM peringkat Kebangsaan nanti.

Berikut adalah keputusan penuh pasukan SIS:

  1. Bacaan Kitab Thurath – Johan
  2. Bahas – Johan
  3. Tilawah al-Quran – Johan
  4. Syarahan Bahasa Inggeris – Johan
  5. Khat – Johan
  6. Kuiz Dini – Naib Johan
  7. Kitabatul Maqal – Naib Johan
  8. Syarahan Bahasa Melayu – Naib Johan
  9. Nasyid – Naib Johan
  10. Hafazan al-Quran – Ketiga
  11. Syarahan Bahasa Arab – Keempat

 

Kumpulan Nasyid SIS Soutul Faizin Ketika Membuat Persembahan
Kumpulan Nasyid SIS Soutul Faizin Ketika Membuat Persembahan

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *