Monthly Archives: Julai 2018

Qari SIS Johan MTQ Sekolah-Sekolah KPM 2018

29 Julai, Batu Pahat – Sekolah Izzuddin Shah (SIS) mengharumkan negeri Perak apabila dua pelajar SIS yang mewakili negeri Perak dalam Majlis Tadarus Al-Quran (MTQ) Sekolah-sekolah KPM Peringkat Kebangsaan 2018 memenangi acara yang dipertandingkan. Saudara Cik Hasnul Taqiuddin Cik Sazali yang mewakili Perak dalam acara Tilawah Al-Quran Sekolah Menengah (Lelaki) mendapat tempat pertama dengan markah 90% jauh meninggalkan peserta tempat …

Pendebat SIS Johan MIISMAM Kebangsaan 2018

29 Julai, Gemenceh – Pasukan debat Sekolah Izzuddin Shah (SIS) yang mewakili Negeri Perak dalam acara Perbahasan ala parlimen, Majlis Ihtifal Ilmi Sekolah-Sekolah Menengah Agama Malaysia Peringkat Kebangsaan bagi tahun 2018 telah dinobatkan sebagai juara setelah menewaskan negeri Pahang di perlawanan akhir yang diadakan di Maahad Ahmadi, Gemenceh Negeri Sembilan pada Sabtu 28 Julai 2018. Lebih menggembirakan apabila salah seorang …

KESSUMA 2018: Perak Menggondol Emas Acara Bola Sepak

Pasukan Perak telah memperoleh pingat emas dalam acara bola sepak dalam Kejohanan Sukan Sekolah-Sekolah Menengah Agama (KESSUMA) 2018 yang telah diadakan pada 15-19 Julai 2018 di Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) di Tanjung Malim, Perak. Seramai 3 orang pelajar Sekolah Izzuddin Shah (SIS) dan seorang bekas pelajar (SIS) iaitu Sdr. Danial Haikal, Haziq Uzair, Luqman Al Hakim dan Ameer Azhad …

SIS Naib Johan STEM Innovation Challenge 2018 Zon Tengah – Layak Ke Peringkat Kebangsaan

Sekolah Izzuddin Shah (SIS) telah melayakkan diri ke peringkat Kebangsaan November 2018 ini dalam Pertandingan STEM Innovation Challenge 2018 setelah memenangi Naib Johan dalam pertandingan peringkat Zon Tengah yang telah di adakan di Kolej Vokasional Gombak pada 14 Julai 2018 yang lalu. Sebanyak 23 buah Sekolah Zon Tengah telah menyertai pertandingan tersebut. Objektif pertandingan yang dianjuran oleh Kelab TAHA Tabung Haji …

Festival Nasyid Kebangsaan 2018 – SIS (Perak) Naib Johan

Kumpulan Nasyid Sekolah Izzuddin Shah, Soutul Faizin yang mewakili negeri Perak dalam Festival Nasyid Sekolah-Sekolah KPM Peringkat Kebangsaan 2018 telah memenangi Naib Johan dalam kategori Sekolah Menengah. Pengiktirafan buat julung kalinya yang diberikan kepada Soutul Faizin untuk mewakili negeri Perak pada tahun ini membuahkan hasil yang amat membanggakan. Pertandingan kali ke-12 ini telah diadakan di Universiti Malaysia Perlis pada 6 …

Majlis Yaumul Ulfah (Hari Bertemu Waris) SIS 2018

Perhatian kepada Ibu/Bapa/Penjaga, Pelajar Sekolah Izzuddin Shah (SIS), Ipoh. Dimaklumkan bahawa, Majlis Yaumul Ulfah (Hari Bertemu Waris) SIS 2018 akan diadakan seperti ketetapan berikut: Tarikh: 7 Julai 2018 (Sabtu) Masa: 8.30 pagi – 12.00 tengah hari Tempat: Dewan Tan Sri Ghazali Jawi, Sekolah Izzuddin Shah, Ipoh. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah amat mengalu-alukan kehadiran para ibubapa dan penjaga untuk berbincang …