Majlis Yaumul Ulfah (Hari Bertemu Waris) SIS 2018

Perhatian kepada Ibu/Bapa/Penjaga, Pelajar Sekolah Izzuddin Shah (SIS), Ipoh.

Dimaklumkan bahawa, Majlis Yaumul Ulfah (Hari Bertemu Waris) SIS 2018 akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh: 7 Julai 2018 (Sabtu)
Masa: 8.30 pagi – 12.00 tengah hari
Tempat: Dewan Tan Sri Ghazali Jawi, Sekolah Izzuddin Shah, Ipoh.

Sehubungan dengan itu, pihak sekolah amat mengalu-alukan kehadiran para ibubapa dan penjaga untuk berbincang bersama para guru mengenai pencapaian akademik dan sahsiah anak-anak.

Untuk makluman ibubapa, pelajar-pelajar dibenarkan “outing” selepas mengambil keputusan dan balik ke asrama sebelum pukul 4.30 petang. Kesudian ibubapa dan penjaga menerima jemputan ke majlis tersebut amat dihargai dan diucapkan terima kasih.

Sekian


Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *