Qari SIS Johan MTQ Sekolah-Sekolah KPM 2018

29 Julai, Batu Pahat – Sekolah Izzuddin Shah (SIS) mengharumkan negeri Perak apabila dua pelajar SIS yang mewakili negeri Perak dalam Majlis Tadarus Al-Quran (MTQ) Sekolah-sekolah KPM Peringkat Kebangsaan 2018 memenangi acara yang dipertandingkan.

Saudara Cik Hasnul Taqiuddin Cik Sazali yang mewakili Perak dalam acara Tilawah Al-Quran Sekolah Menengah (Lelaki) mendapat tempat pertama dengan markah 90% jauh meninggalkan peserta tempat kedua dari Kelantan (85.5%) dan ketiga Sarawak (84.5%).

Sementara itu Saudara Muhamad Aiman Malib yang mewakili Perak dalam acara Syarahan Agama Sekolah Menengah (Lelaki) pula mendapat Naib Johan dengan markah 85%. Johan adalah negeri Johor dan ketiga Kelantan.

Negeri Perak juga telah diumumkan sebagai Juara Keseluruhan MTQSS KPM 2018.

Seluruh warga Sekolah Izzuddin Shah mengucapkan tahniah dan semoga terus cemerlang di masa-masa akan datang.

 

Berikut adalah keputusan penuh MTQSS KPM 2018

1.Tilawah SM (L)
+Perak 90%
+Kelantan 85.5%
+Sarawak 84.5%

2.Tilawah SM (P)
+Perak 84.5%
+Pulau Pinang 81.5% (Tajwid)
+Negeri Sembilan 81.5%

3.Hafazan SM (L)
+Pahang 92%
+Pulau Pinang 91.5%
+Kelantan 91%

4.Hafazan SM (P)
+Pulau Pinang (92.5%)
+Kelantan 90% (Hafaz Dan Lancar)
+Selangor 90%

5.Syarahan SM (L)
+Johor
+Perak 85%
+Kelantan 84%

6.Syarahan SM (P)
+Kelantan 89%
+Sarawak 83% (Isi)
+Johor 83%

7.Tilawah SR (L)
+Negeri Sembilan 81%
+Melaka 79.5%
+Pahang 78%

8.Tilawah SR (P)
+Johor 84.5%
+Negeri Sembilan 80.5%
+Pulau Pinang 74.5%

9.Hafazan SR (L)
+Kedah 96%
+Terengganu 92%
+Kelantan 91.5%

10.Hafazan SR (P)
+Pahang 93.5%
+Sabah 93%
+Perak 92%

11.Bercerita SR (L)
+Perak 91.8%
+Kedah 89.8%
+Johor 89.3%

12.Bercerita SR (P)
+Pahang 91.5%
+Labuan 90.5%
+Negeri Sembilan 88.9%. Anugerah Juara Keseluruhan

Keseluruhan Lelaki : Perak
Keseluruhan Perempuan : Pahang
Keseluruhan SR : Pahang
Keseluruhan SM : Perak

Keseluruhan : Perak

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *