Pelajar Diminta Kembali Ke Asrama Pada 25 September 2018 Sebelum 1.00 Tengah Hari

Perhatian kepada semua ibu bapa dan pelajar Sekolah Izzuddin Shah (SIS).

Sebagaimana semua sedia maklum, semua pelajar SIS telah diarah pulang pada 30 Ogos 2018 yang lalu akibat wabak MUMPS dan SUKMA XIX Perak 2018.

Dimaklumkan bahawa, semua pelajar dikehendaki kembali ke sekolah mengikut ketetapan tarikh dan masa seperti berikut:

Tarikh: 25 September 2018 (Selasa)
Masa: 8.00 pagi – 1.00 tengah hari
Tempat: Dewan Tan Sri Ghazali Jawi, SIS
Tujuan: Saringan MUMP oleh Kementerian Kesihatan Malaysia

Sehubungan itu, semua pelajar diWAJIBKAN HADIR MENGIKUT MASA YANG DITETAPKAN bagi melancarkan proses saringan.

Kepada pelajar yang telah dikesan menerima jangkitan semasa berada dikampung pula, hanya perlu kembali ke sekolah apabila telah benar-benar sihat bagi mengelakkan wabak berterusan.

Sekian, terima kasih.

 


Comments

Tinggalkan Balasan kepada Pengurus Web Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *