Selamat Menjalani Peperiksaan PT3 2018

Assalamualaikum w.b.t.

Kepada semua pelajar-pelajar tingkatan 3, Sekolah Izzuddin Shah, Ipoh.

Pihak pengurusan sekolah mengucapkan Selamat Menjalani Peperiksaan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) bagi tahun 2018 yang akan bermula beberapa hari lagi iaitu pada Isnin 1 Oktober 2018.

Sentiasa bermohon dan bermunajatlah kepada Allah s.w.t, agar diberi petunjuk dan kemudahan semasa menjalani peperiksaan.

Didoakan agar semua calon diberikan ketenangan dan petunjuk daripada Allah s.w.t. untuk menjawab soalan-soalan peperiksaan. Semoga diberikan kejayaan seperti yang disasarkan seterusnya prestasi PT3 SIS pada tahun ini akan lebih cemerlang berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Kepada pelajar-pelajar lain tingkatan 1,2 dan 4, diucapkan Selamat Menjalani Peperiksaan Akhir Tahun dan selamat menjalani peperiksaan percubaan SPM kepada pelajar tingkatan 5.

. ~ مع التمنيات بالتوفيق والنجاح ~
~ الى الغاية القصوى ~

#SISMumtaz
#Izzuddinshah
#PT3
#PT32018
#sekolahizzuddinshah
#menujumatlamattertinggi


Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *