Monthly Archives: November 2018

Permohonan Kemasukan Ke Tingkatan 1 Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) Perak 2019 – TELAH DITUTUP

اَلسَّلاَ مُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ Peluang untuk menjadi pelajar Sekolah Izzuddin Shah, Ipoh (SIS). Permohonan Kemasukan Ke Tingkatan 1 Sekolah Izzuddin Shah dan Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) Negeri Perak bagi tahun 2019 TELAH DITUTUP. boleh dibuat secara dalam talian bermula pada tarikh keputusan UPSR 2018 diumumkan pada 29 November 2018 hingga 9 Disember 2018 di laman web berikut: https://digital.perak.my/sman …

Selamat Menduduki Peperiksaan SPM, STPM 2018 Dan Peperiksaan Akhir Tahun

Kepada semua pelajar-pelajar tingkatan 5 dan tingkatan 6 atas Syariah, Sekolah Izzuddin Shah, Ipoh. Pihak pengurusan sekolah mengucapkan Selamat Menjalani Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) tahun 2018 yang bermula pada Selasa 13 November 2018. Sentiasa bermohon dan bermunajatlah kepada Allah s.w.t, agar diberi petunjuk dan kemudahan semasa menjalani peperiksaan. Didoakan agar semua calon diberikan ketenangan …

Selamat Datang Tuan Pengetua & PK Pentadbiran

Seluruh warga Sekolah Izzuddin Shah, Ipoh mengucapkan tahniah dan selamat datang kepada Tuan Pengetua Sekolah Izzuddin Shah yang baharu, Al-Fadhil Ustaz Faiz bin Muhammad Rafaai. Ustaz Faiz mua berkhidmat sebagai Pengetua di SIS pada 1 November 2018 memiliki Sarjana (Master) Pendidikan (Pentadbiran Pendidikan) UPM, Sarjana Muda Pengajian Islam (Pendidikan Al-Quran dan Sunnah) dengan kepujian UKM dan Diploma Pendidikan (kepujian) UKM. Beliau sebelum ini …

Selamat Bersara Tuan Pengetua

Seluruh warga Sekolah Izzuddin Shah mengucapkan, Selamat Bersara kepada Tuan Haji Omar Bin Bakar, A.M.P., P.P.T., Pengetua Sekolah Izzuddin Shah (2016 – 2018). Didoakan semoga Tuan Haji dikurniakan kesihatan berpanjangan dan sentiasa diberkati dan dirahmati Allah s.w.t. Terima kasih atas segala khidmat bakti yang dicurahkan sepanjang lebih 2 tahun di SIS. Diucapkan juga Selamat Bersara kepada guru-guru SIS yang bersara …

Dirgahayu Tuanku Sempena Ulang Tahun Keputeraan 2018

DIRGAHAYU TUANKU SEMOGA DIRAHMATI DAN DIBERKATI ALLAH S.W.T. Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah Sultan, Yang Di-Pertuan dan Raja Pemerintah Negeri Perak Darul Ridzuan SEMPENA ULANG TAHUN KEPUTERAAN 2018 Pada Jumaat, 2 November 2018 MERAFAK SEMBAH SETINGGI-TINGGI TAHNIAH Daripada Seluruh Warga Sekolah Izzuddin Shah, Ipoh.