Selamat Menduduki Peperiksaan SPM, STPM 2017 Dan Peperiksaan Akhir Tahun

Kepada semua pelajar-pelajar tingkatan 5 dan tingkatan 6 atas Syariah, Sekolah Izzuddin Shah, Ipoh. Pihak pengurusan sekolah mengucapkan Selamat Menjalani Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) tahun 2017 yang akan bermula beberapa hari lagi iaitu pada Isnin 6 November 2017. Sentiasa bermohon dan bermunajatlah kepada Allah s.w.t, agar diberi petunjuk dan kemudahan semasa menjalani peperiksaan. Didoakan …

Dirgahayu Tuanku Sempena Ulang Tahun Keputeraan 2017

DIRGAHAYU TUANKU SEMOGA DIRAHMATI DAN DIBERKATI ALLAH S.W.T. Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah Sultan, Yang Di-Pertuan dan Raja Pemerintah Negeri Perak Darul Ridzuan SEMPENA ULANG TAHUN KEPUTERAAN 2017 Pada Jumaat, 3 November 2017 MERAFAK SEMBAH SETINGGI-TINGGI TAHNIAH Daripada Seluruh Warga Sekolah Izzuddin Shah, Ipoh.

Pelawaan Menaja Majalah Sekolah (AKRAB 2017)

Merujuk kepada perkara di atas, Sidang Redaksi Majalah tahunan Sekolah Izzuddin Shah (AKRAB 2017) ingin memaklumkan bahawa majalah AKRAB bagi sesi 2017 bakal diterbitkan tidak lama lagi. 2. Proses penerbitan majalah ini memerlukan modal yang agak besar. Justeru, bagi menampung perbelanjaan tersebut, pihak kami dengan berbesar hati mempelawa syarikat tuan/puan atau secara individu bagi membuat tajaan sebagai sumbangan kepada majalah …

Tarikh Pulang Ke Kampung Bulan Oktober Dan Pemukiman Pelajar Tingkatan 4

Sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, sempena perayaan Depavali pada 18 Oktober 2017, sesi persekolahan akan bercuti pada 16 hingga 20 Oktober 2017. Sehubungan itu, pelajar dibenarkan pulang ke rumah pada hari Jumaat, 13 Oktober 2017 selepas solat Jumaat dan kembali semula ke asrama pada hari Ahad 22 Oktober 2017 sebelum pukul 6 petang. Walau bagaimanapun, pelajar tingkatan …

Program Ceramah Motivasi, Akujanji Dan Solat Hajat Pelajar PT3, SPM dan STPM

اَلسَّلاَ مُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ Sukacita dimaklumkan, Program Akujanji Dan Solat Hajat Pelajar PT3, SPM dan STPM Sekolah Izzuddin Shah (SIS), Ipoh akan diadakan seperti berikut. Tarikh : 21 September 2017 (Khamis) Masa : 12.00 tengahari – 2.00 petang Tempat : Dewan Tan Sri Ghazali Jawi , SIS dan Musalla Al-Azam, (Solat Hajat) Sehubungan itu, semua ibu/bapa/waris calon peperiksaan …

Permohonan Kemasukan Ke Tingkatan 1 Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) Perak 2018

اَلسَّلاَ مُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ Peluang untuk menjadi pelajar Sekolah Izzuddin Shah, Ipoh (SIS). Permohonan Kemasukan Ke Tingkatan 1 Sekolah Izzuddin Shah dan Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) Negeri Perak bagi tahun 2018 boleh dibuat secara dalam talian di laman web berikut selepas keputusan UPSR 2017 diumumkan. https://egerbang.perak.gov.my/smanjaipk http://jaipk.perak.gov.my http://jaipk.edu.my Syarat-syarat permohonan: Memperolehi sekurang-kurangnya 4A 2B dalam UPSR …

Majlis Ibadah Qurban 1438

Sekolah Izzuddin Shah (SIS)  dan Sekolah Raja Perempuan Taayah dengan kerjasama Persatuan Bekas Pelajar SIS dan Taayah (Alumni SISTA) dan Koperasi Alumni SISTA (KOSISTA) akan menganjurkan majlis Ibadah Qurban seperti berikut: Tarikh: 4 September 2017 (13 Zulhijjah 1438) Hari: Isnin Masa: Bermula 8.00 pagi Tempat: Padang Sekolah Izzuddin Shah Sehubungan itu semua ahli Alumni SISTA dijemput hadir menjayakan program ini.

Izzuddin Naib Juara Kawad Kaki Hari Kebangsaan Ke-60

IPOH, 31 Ogos (Khamis) – Sekolah Izzuddin Shah (SIS) meneruskan tradisi kecemerlangannya dalam pertandingan Kawad Kaki Hari Kebangsaan ke-60 peringkat Negeri Perak yang diadakan di Ipoh hari ini. SIS telah mendapat Naib Johan dalam kategori Sekolah/IPT. Johan dimenangi Sekolah Raja Perempuan Taayah (SERATA), Ipoh dan Ketiga Sekolah Menengah Raja Dr. Nazrin Shah (SARJANA), Kampung Gajah. Tahniah diucapkan kepada seluruh kontinjen …

Pindaan Tarikh Kembali Ke Asrama Sempena Cuti Umum Khas Juarai Sukan Sea KL2017

Assalamualaikum w.b.t. Sehubungan dengan pengumuman YAB Perdana Menteri Malaysia, Isnin 4 September 2017 sebagai cuti umum, maka semua pelajar dibenarkan balik ke asrama pada: Isnin 4 September 2017 Sebelum 6.00 pukul petang. Dimohon kerjasama semua ibu/bapa/penjaga menghantar anak sebelum pukul 6.00 petang. Pintu pagar utama akan ditutup pada pukul 6.00 petang. Bagi yang lewat, kenderaan tidak dibenarkan masuk. Pelajar perlu …

Mukhayyam Tahfiz Melabuhkan Tirai

IPOH, 27 Ogos – Pelajar-pelajar tingkatan 1 Sina Sekolah Izzuddin Shah (SIS) telah mengikuti Mukhayyam Tahfiz selama tiga hari 2 malam di Masjid Sultan Azlan Shah dekat Institut Tadbiran Islam Negeri Perak (INTIM) dari 25 hingga 27 Ogos 2017. Mukhayyam khas ini diadakan bagi meningkatkan penguasaan al-Quran untuk memudahkan lagi pelajar-pelajar tingkatan 1 Sina untuk menghafaz al-Quran. Kelas 1 Sina …

Kumpulan Nasyid SIS (Soutul Faizin) Juarai Gema Kontemporari Sekolah Menengah Negeri Perak

IPOH, 26 Ogos (Sabtu) – Soutul Faizin, Kumpulan Nasyid Sekolah Izzuddin Shah (SIS) telah mendapat Johan dalam Gema Kontemporari Sekolah-Sekolah Menengah Peringkat Negeri Perak yang telah diadakan di Dewan Bankuet, Bangunan Darul Ridzuan di sini. Naib Johan dimenangi oleh Az-Zahidin (SMKA Slim River) dan ketiga Sofwatunnur (SMKA Sultan Azlan Shah, Bota).  Selain SIS, ia turut disertai oleh 14 sekolah lain …

Pelajar Cemerlang PT3 2016 Diraikan Di Sarawak

Seramai enam (6) orang pelajar Sekolah Izzuddin Shah (SIS) yang cemerlang dengan keputusan 11A, 10A dan 9A dalam PT3 2016, telah diraikan oleh pihak sekolah dengan dibawa bercuti melawat negeri Sarawak pada 18 hingga 20 Ogos 2017 yang lalu. Lawatan ini adalah bagi menghargai usaha yang dilakukan pelajar untuk mencapai kejayaan membanggakan malah keputusan PT3 2016 telah meningkat berbanding tahun 2015. …