Pendaftaran Pelajar Tingkatan 2,4 & 5 Sesi Persekolahan Tahun 2019

PENDAFTARAN PELAJAR TINGKATAN 2,4 & 5 SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2019 Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk 2. Sukacita dimaklumkan bahawa pendaftaran pelajar Tingkatan 2, 3 & 5 akan diadakan pada tarikh, masa dan tempat seperti berikut: Tarikh: 1 Januari 2019 (SELASA) Masa: 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari Tempat: Dewan Tan Sri Ghazali Jawi, Sekolah Izzuddin Shah 3. Semua …

Permohonan Kemasukan Ke Tingkatan 1 Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) Perak 2019 – TELAH DITUTUP

اَلسَّلاَ مُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ Peluang untuk menjadi pelajar Sekolah Izzuddin Shah, Ipoh (SIS). Permohonan Kemasukan Ke Tingkatan 1 Sekolah Izzuddin Shah dan Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) Negeri Perak bagi tahun 2019 TELAH DITUTUP. boleh dibuat secara dalam talian bermula pada tarikh keputusan UPSR 2018 diumumkan pada 29 November 2018 hingga 9 Disember 2018 di laman web berikut: https://digital.perak.my/sman …

Selamat Menduduki Peperiksaan SPM, STPM 2018 Dan Peperiksaan Akhir Tahun

Kepada semua pelajar-pelajar tingkatan 5 dan tingkatan 6 atas Syariah, Sekolah Izzuddin Shah, Ipoh. Pihak pengurusan sekolah mengucapkan Selamat Menjalani Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) tahun 2018 yang bermula pada Selasa 13 November 2018. Sentiasa bermohon dan bermunajatlah kepada Allah s.w.t, agar diberi petunjuk dan kemudahan semasa menjalani peperiksaan. Didoakan agar semua calon diberikan ketenangan …

Selamat Datang Tuan Pengetua & PK Pentadbiran

Seluruh warga Sekolah Izzuddin Shah, Ipoh mengucapkan tahniah dan selamat datang kepada Tuan Pengetua Sekolah Izzuddin Shah yang baharu, Al-Fadhil Ustaz Faiz bin Muhammad Rafaai. Ustaz Faiz mua berkhidmat sebagai Pengetua di SIS pada 1 November 2018 memiliki Sarjana (Master) Pendidikan (Pentadbiran Pendidikan) UPM, Sarjana Muda Pengajian Islam (Pendidikan Al-Quran dan Sunnah) dengan kepujian UKM dan Diploma Pendidikan (kepujian) UKM. Beliau sebelum ini …

Selamat Bersara Tuan Pengetua

Seluruh warga Sekolah Izzuddin Shah mengucapkan, Selamat Bersara kepada Tuan Haji Omar Bin Bakar, A.M.P., P.P.T., Pengetua Sekolah Izzuddin Shah (2016 – 2018). Didoakan semoga Tuan Haji dikurniakan kesihatan berpanjangan dan sentiasa diberkati dan dirahmati Allah s.w.t. Terima kasih atas segala khidmat bakti yang dicurahkan sepanjang lebih 2 tahun di SIS. Diucapkan juga Selamat Bersara kepada guru-guru SIS yang bersara …

Dirgahayu Tuanku Sempena Ulang Tahun Keputeraan 2018

DIRGAHAYU TUANKU SEMOGA DIRAHMATI DAN DIBERKATI ALLAH S.W.T. Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah Sultan, Yang Di-Pertuan dan Raja Pemerintah Negeri Perak Darul Ridzuan SEMPENA ULANG TAHUN KEPUTERAAN 2018 Pada Jumaat, 2 November 2018 MERAFAK SEMBAH SETINGGI-TINGGI TAHNIAH Daripada Seluruh Warga Sekolah Izzuddin Shah, Ipoh.

Selamat Menjalani Imtihan Syahadah Thanawiah 2018

Assalamualaikum w.b.t. Kepada semua pelajar-pelajar tingkatan 4, Sekolah Izzuddin Shah, Ipoh. Pihak pengurusan sekolah mengucapkan Selamat Menjalani Peperiksaan Syahadah Thanawiah 2018 yang akan bermula pada Isnin 22 Oktober 2018. Sentiasa bermohon dan bermunajatlah kepada Allah s.w.t, agar diberi petunjuk dan kemudahan semasa menjalani peperiksaan. Didoakan agar semua calon diberikan ketenangan dan petunjuk daripada Allah s.w.t. untuk menjawab soalan-soalan peperiksaan. Semoga …

Jadual Pulang Bermalam Bagi Bulan November 2018

Kepada Ibu/Bapa/Waris pelajar-pelajar Sekolah Izzuddin Shah, Sukacita dimaklumkan jadual pulang bermalam pelajar SIS bagi bulan November 2018 adalah seperti berikut: Tingkatan 1,2 dan 4: Khamis, 1 November 2018 – Rabu, 7 November 2018 (Sebelum 6 petang). Tingkatan 3: Khamis, 1 November 2018 – Ahad, 11 November 2018 (Sebelum 6 petang). Pelajar-pelajar tingkatan 5 tidak akan balik bermalam kerana terlibat dengan …

Majlis Apresiasi Dan Graduasi SIS 2018

IPOH, Sabtu 13 Okt – Sekolah Izzuddin Shah (SIS) telah mengadakan Majlis Apresiasi Dan Graduasi SIS 2018 yang diadakan di Dewan Tan Sri Ghazali Jawi, SIS yang bertujuan untuk memberi penghargaan kepada pelajar-pelajar SIS yang telah mengharumkan sekolah dalam aktiviti ko-kurikulum dan ko-akedemik serta meraikan calon-calon SPM SIS 2018 yang bakal menamatkan pengajian di SIS pada tahun ini. Majlis ini telah …

Program Pecutan Akhir SPM 2018

Menjelang peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2018 yang akan bermula kira-kira 42 hari lagi, Sekolah Izzuddin Shah telah mengatur Program Pecutan Akhir SPM 2018 yang diadakan setiap hari bermula 1 Oktober 2018 hingga 7 November 2018 melibatkan semua mata pelajaran dan kelas SPM SIS 2018. Sepanjang tempoh tersebut, semua kelas akan mengikuti jadual anjal waktu persekolahan bermula pukul 3.30 petang …

Selamat Menjalani Peperiksaan PT3 2018

Assalamualaikum w.b.t. Kepada semua pelajar-pelajar tingkatan 3, Sekolah Izzuddin Shah, Ipoh. Pihak pengurusan sekolah mengucapkan Selamat Menjalani Peperiksaan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) bagi tahun 2018 yang akan bermula beberapa hari lagi iaitu pada Isnin 1 Oktober 2018. Sentiasa bermohon dan bermunajatlah kepada Allah s.w.t, agar diberi petunjuk dan kemudahan semasa menjalani peperiksaan. Didoakan agar semua calon diberikan ketenangan dan petunjuk …

Pelajar Diminta Kembali Ke Asrama Pada 25 September 2018 Sebelum 1.00 Tengah Hari

Perhatian kepada semua ibu bapa dan pelajar Sekolah Izzuddin Shah (SIS). Sebagaimana semua sedia maklum, semua pelajar SIS telah diarah pulang pada 30 Ogos 2018 yang lalu akibat wabak MUMPS dan SUKMA XIX Perak 2018. Dimaklumkan bahawa, semua pelajar dikehendaki kembali ke sekolah mengikut ketetapan tarikh dan masa seperti berikut: Tarikh: 25 September 2018 (Selasa) Masa: 8.00 pagi – 1.00 …