Sejarah sekolah


Sekolah Izzuddin Shah (nama rasmi sekolah mengikut nama asal sewaktu ditubuhkan dan didaftarkan di Jabatan Agama Islam negeri Perak (JAIPk) dan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) serta sering disalah tulis dan disalah sebut sebagai Sekolah Menengah Agama Izzuddin Shah) terletak di Jalan Sultan Azlan Shah, Ipoh (dahulu dikenali sebagai Jalan Harimau atau Tiger Lane). Sekolah ini terletak di atas sebidang tanah berkeluasan kira-kira 7 ekar dan bertentangan dengan Jabatan Veterinar Ipoh dan Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR) di sebelah timur dan Jabatan Sains Mineral dan Geologi di sebelah tenggara dan Sekolah Menengah Teknik Persiaran Brash serta Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz (Padang Polo) di sebelah barat.

Sultan Yussuf Izzuddin Shah

Sekolah Izzuddin Shah (SIS) merupakan sekolah menengah agama yang pertama ditubuhkan di Malaysia berorientasikan sekolah berasrama penuh khas untuk pelajar lelaki dan menawarkan kedua-dua aliran pengajian agama berasaskan kurikulum institusi pengajian Islam terkemuka dunia iaitu al-Azhar serta kurikulum kebangsaan di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia.

Tan Sri Haji Ghazali bin Jawi

Ditubuhkan pada 1959, sekolah ini merupakan antara idea cetusan Menteri Besar Perak yang pertama selepas kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu, Tan Sri Haji Ghazali bin Jawi dan telah dinamakan sempena Ke Bawah DYMM Paduka Sultan Perak Sultan Yusuf Izzuddin Shah yang turut berkenan mencemar duli merasmikan sekolah tersebut pada tahun yang sama. Selain daripada sekolah ini, satu lagi sekolah yang mempunyai orientasi yang sama tetapi khas untuk pelajar perempuan turut didirikan setahun kemudian iaitu Sekolah Raja Perempuan Taayah (SERATA) dan terletak kira-kira 5 kilometer dari SIS dan berhampiran dengan kediaman rasmi Menteri Besar Perak Darul Ridzuan. Pada waktu tersebut, SIS (dan SERATA) mula membuka kelas untuk tingkatan

Batch Pertama 1959

satu dengan menerima pelajar-pelajar Melayu dari sekolah-sekolah Melayu serata Perak, khususnya di sekitar Ipoh. Kumpulan pertama pelajar SIS ini belajar sehingga ke peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). SIS menawarkan pembelajaran sehingga kelulusan SPM dan pada awal tahun 80-an, sekolah mula menawarkan pembelajaran di tingkatan enam dengan kelulusan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan menawarkan kelas tingkatan enam kepada pelajar perempuan.


SENARAI PENGETUA-PENGETUA SIS

     

1

2 3

14.9.1959 – 31.12.1967
TN. HJ. MOHD SALLEH HJ. ABD. HAMID

1.1.1968 – 19.10.1977
TN. SHEIKH HJ. MOHD. GHAZALI HJ. ABD. WAHID KMN, AMP.

20.10.1977 – 31.12.1980
TN. HJ. OSMAN AHMAD PPT.

4

5

6

­­1.1.1981 – 30.6.1983
EN. ABD. RAHMAN HALIM
1.1.1984 – 31.12.1985
TN. HJ. YAHYA MAT PIAH

1.1.1986 – 31.12.1988
TN. HJ. NORDIN SAAD PPT, PJK, PKT. (MEMANGKU)

7

8 9

1.1.1989 – 19.9.1994
TN. HJ. ZAMRI ABDUL KARIM

21.9.1994 – 31.12.1987
EN. MOHD. DARWIS HJ. ZAKARIA

1.1.1998 – 2.4.2006
TN. HJ. MOHAMAD NASAR HJ. KURDI

10 11

12

3.4.2006 – 2.10.2013
TN. HJ. ESMONE MAT ZAINI PPT.
1.3.2014 – 31.3.2016
EN. MUSANIF MUHAMAD NOH

1.4.2016 – SEKARANG
TN. HJ. OMAR BAKAR AMP, PPT

 


SENARAI KETUA UMUM SIS

Barisan Ketua Pelajar SIS Tahun 1963

 

BIL. TAHUN NAMA KETUA UMUM BIL. TAHUN NAMA KETUA UMUM
1 1959 Osman Hashim 31 1989 Mahdi Al Helmy Arshad
2 1960 Khairuddin Hj. Amin 32 1990 Jamaluddin Kassim
3 1961 Sidek Fadzil 33 1991 Amiruddin Abdul Rashid
4 1962 Sidek Fadzil 34 1992 Yusaini Bakir
5 1963 Sidek Fadzil 35 1993 Norhanizam Tajuddin
6 1964 Anuar Hashim 36 1994 Syed Hishamuddin
7 1965 Anuar Hashim 37 1995 Ahmad Ghazali Kassim
8 1966 Anuar Hashim 38 1996 Kamarul Shahrin
9 1967 Mohd Zabidi Dasuki 39 1997 Khairul Amal Hashim
10 1968 Fahrulrazi Mat Isa 40 1998 Mohh Azril Abdul Aziz
11 1969 Abdul Aziz Razak 41 1999 Mohd Safwan Fathy
12 1970 Ismail Basri 42 2000 Mohd Farhan Helmy
13 1971 Muhammad Mustapha Ajil 43 2001 Mohd Amzar Tumiran
14 1972 Kornain Hashim 44 2002 Mohd Taufik Al-Hakim Abd Malik
15 1973 Abdul Aziz Malik 45 2003 Radin Amir Afifi
16 1974 Shahrin Hamzah 46 2004 Ahmad Zulhusni Sazali
17 1975 Jamian Harun 47 2005 Mohd. Ukasyah Azhari
18 1976 Mohd Abdullah Hashim 48 2006 Muhammad Hafizudeen Haznan
19 1977 Mohd Efendi Osman 49 2007 Muhammad Izzham Hamdan
20 1978 Zaaba Yahya 50 2008 Muhammad Muazzam Jamaluddin
21 1979 Abdul Samad Zaini 51 2009 Muhammad Anas Muhamed Salleh
22 1980 Raja Zaini Raja Aziz 52 2010 Muhammad Ismail Wan Amil Abas
23 1981 Ahmad Fadzil Dasuki 53 2011 Zulhilmi Aizat Ahmad Jaffri
24 1982 Ahmad Shukri Osman 54 2012 Muhammad Akmal Alif Saleh
25 1983 Ahmad Shukri Osman 55 2013 Muhammad Nawawi Ahmad
26 1984 Ahmad Shukri Osman 56 2014  
27 1985 Abdul Halim Samad 57 2015  
28 1986 Roslan Yunus 58 2016  
29 1987 Wan Ahmad Salehuddin 59 2017  Mohamad Aiman Mustafa Kamal
30 1988 Abdul Razak Saad