Monthly Archives: Oktober 2017

Dirgahayu Tuanku Sempena Ulang Tahun Keputeraan 2017

DIRGAHAYU TUANKU SEMOGA DIRAHMATI DAN DIBERKATI ALLAH S.W.T. Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah Sultan, Yang Di-Pertuan dan Raja Pemerintah Negeri Perak Darul Ridzuan SEMPENA ULANG TAHUN KEPUTERAAN 2017 Pada Jumaat, 3 November 2017 MERAFAK SEMBAH SETINGGI-TINGGI TAHNIAH Daripada Seluruh Warga Sekolah Izzuddin Shah, Ipoh.

Pelawaan Menaja Majalah Sekolah (AKRAB 2017)

Merujuk kepada perkara di atas, Sidang Redaksi Majalah tahunan Sekolah Izzuddin Shah (AKRAB 2017) ingin memaklumkan bahawa majalah AKRAB bagi sesi 2017 bakal diterbitkan tidak lama lagi. 2. Proses penerbitan majalah ini memerlukan modal yang agak besar. Justeru, bagi menampung perbelanjaan tersebut, pihak kami dengan berbesar hati mempelawa syarikat tuan/puan atau secara individu bagi membuat tajaan sebagai sumbangan kepada majalah …