Berita / Makluman

Cikgu Rafhan Ahmad Kembali Menemui Pencipta

انا لله وانا اليه راجعون اللهم اغفرله وارحمه وعافه واعف عنه Sabtu, 16 Nov 2019, Sekolah Izzuddin Shah Ipoh dikejutkan dengan berita yang mendukacitakan apabila salah seorang warga pendidik SIS, Cikgu Rafhan Bin Ahmad, 41 telah kembali ke Rahmatullah pada Sabtu, 16 November 2019. Allahyarham merupakan guru Matematik dan Guru Kelas Tingkatan 5 Ibnu Sina. Jenazah Allahyarham telah disolatkan oleh …

Permohonan Kemasukan Ke Tingkatan 1 Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) Perak 2020 – Kini Dibuka

اَلسَّلاَ مُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ Peluang untuk menjadi pelajar Sekolah Izzuddin Shah, Ipoh (SIS). Permohonan Kemasukan Ke Tingkatan 1 Sekolah Izzuddin Shah dan Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) Negeri Perak bagi tahun 2020 KINI DIBUKA dan boleh dibuat secara dalam talian sehingga 5 Disember 2019 di laman web berikut: https://digital.perak.my/sman https://mohon.sekizzuddinshah.edu.my   SYARAT-SYARAT PERMOHONAN Memperolehi sekurang-kurangnya 3A 3B …

Selamat Menduduki Peperiksaan SPM & STPM 2019

Kepada semua pelajar-pelajar tingkatan 5 dan tingkatan 6 atas Syariah, Sekolah Izzuddin Shah, Ipoh. Pihak pengurusan sekolah mengucapkan Selamat Menjalani Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) tahun 2018 yang bermula pada 14 Oktober 2019 (SPM) dan 4 November 2019 (STPM). Sentiasa bermohon dan bermunajatlah kepada Allah s.w.t, agar diberi petunjuk dan kemudahan semasa menjalani peperiksaan. Didoakan …

Selamat Menjalani Peperiksaan PT3 2019

Assalamualaikum w.b.t. Kepada semua pelajar-pelajar tingkatan 3, Sekolah Izzuddin Shah, Ipoh. Pihak pengurusan sekolah mengucapkan Selamat Menjalani Peperiksaan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) bagi tahun 2019 yang akan bermula beberapa hari lagi iaitu pada Isnin 30 September 2019. Sentiasa bermohon dan bermunajatlah kepada Allah s.w.t, agar diberi petunjuk dan kemudahan semasa menjalani peperiksaan. Didoakan agar semua calon diberikan ketenangan dan petunjuk …

Majlis Bacaan Yasin Pedana Sempena Peperiksaan PT3/Thanawi/SPM/STPM

Sukacita dimaklumkan bahawa, pihak Sekolah Izzuddin Shah Ipoh dengan berbesar hati ini Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Sekolah Izzuddin Shah dengan besar hati ingin menjemput tuan/puan/ibu/bapa/penjaga ke Majlis Bacaan Yaasin Perdana sempena peperiksaan PT3/THANAWI/SPM/STPM 2019 pada : Tarikh : 13 September 2019 (jumaat) Masa : 10.30 Pagi Tempat : Musalla al-Azzam, Sekolah Izzuddin Shah, Ipoh. Kesudian tuan/puan amat kami hargai dan …

Gotong Royong Perdana SIS

Dimaklumkan bahawa, Sekolah Izzuddin Shah, Ipoh (SIS) dengan kerjasama Persatuan Ibu Bapa Dan Guru (PIBG) SIS akan mengadakan Gotong Royong Perdana SIS seperti berikut: Tarikh: 27 Julai 2019 (Sabtu)Masa: 8.00 – 11.30 pagiLokasi : Sekitar Asrama Sekolah Izzuddin Shah, IpohPakaian: Pakaian Sukan Objektif pelaksanaan Program Gotong Royong Ini adalah:1. Mewujudkan iklim yang kondisif serta identiti asrama sebagai institusi yang bersih, …

Perak (Soutul Faizin SIS) Juarai Festival Nasyid Peringkat Kebangsaan 2019

Kumpulan Nasyid Sekolah Izzuddin Shah, Ipoh Soutul Faizin sekali lagi mencipta nama di peringkat Kebangsaan apabila mendapat Johan Pertandingan Nasyid Menengah di Festival Nasyid dan Kompang Selawat Sekolah-Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia 2019 pada 12-15 Julai 2019 di Hotel Meru Casuarina di Ipoh. Mewakili Negeri Perak buat kali kedua berturut-turut ini membuahkan hasil yang membanggakan apabila turut dinobatkan anugerah Lagu dan …

Program Diskusi Akademik (Temu Waris) Dan Pulang Bermalam

Sukacita dimaklumkan bahawa, ibu/bapa/penjaga/waris pelajar Sekolah Izzuddin Shah dijemput untik menghadiri Program Diskusi Akademik (Temu Waris) yang akan diadakan seperti berikut: Tarikh: 29 Jun 2019 (Sabtu), Masa: 8.30 pagi – 12.00 tengah hari, Tempat: Dewan Tan Sri Ghazali Jawi, SIS Program ini bertujuan untuk meningkatkan motivasi anak-anak serta menyampaikan maklumat berkaitan prestasi akademik anak-anak. Sehubungan dengan itu, sukacita dimaklumkan bahawa …

Cuti Perayaan Aidilfitri

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Mengikut takwim yang telah dimuat naik di laman web rasmi Sekolah Izzuddin Shah Ipoh dan Jadual Warden bertugas bulan Mei 2019 yang telah dimuat naik sebelum ini, tarikh cuti penggal persekolahan dan Aidilfitri adalah sehingga hari Ahad 9 Jun 2019. Walau bagaimanapun, merujuk kepada Surat Siaran Bil. 10 Tahun 2018 Kementerian Pendidikan Malaysia, Isnin 10 …

Selamat Menunaikan Ibadah Ramadan Al-Mubarak

Seluruh warga Sekolah Izzuddin Shah Ipoh Mengucapkan Selamat Menunaikan Ibadah Ramadan Kepada semua pengunjung Laman Web Rasmi SIS. Makluman kepada ibu/bapa dan pelajar: Ibu/bapa dan pelajar dibenarkan untuk berbuka puasa bersama mengikut ketentuan berikut: ✅ Hanya dibenarkan pada hari Jumaat dan Sabtu sahaja✅ Hanya dibenarkan berbuka di dalam kawasan sekolah sahaja.✅ Wajib solat berjemaah dimusolla✅Sisa makanan dan sampah WAJIB DIBAWA …

AJK PIBG SIS Sesi 2019/2021

Mesyuarat Agung PIBG SIS Kali Ke-35 yang berlangsung pada Jumaat 22 Mac 2019 telah melantik barisan AJK PIBG bagi sesi 2019/2021 seperti berikut: Penasihat: Tn. Faiz Bin Muhammad Rafai (Pengetua)YDP: Dr. Mohamad Yusri Bakir (Ibu/Bapa & Alumni)NYDP: En. Mohd Shukri Mohd Isa (Ibu/bapa) Setiausaha: Cik Nurul Syahrina Sabran (Guru)Bendahari: Pn. Sa’adiah Shaari (Guru) AJK Ibu/Bapa: Hj. Muhammad Imran Hj. Ibrahim …

Keputusan SPM SIS 2018

IPOH, 14 Mac – Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2018 telah diumumkan di seluruh negara hari ini. Seramai 108 orang murid Sekolah Izzuddin Shah, Ipoh telah mengambil peperiksaan ini tahun lalu. Daripada jumlah tersebut, 13 orang telah mendapat keputusan yang cemerlang (8A – 11A) dan menunjukkan peningkatan pelajar cemerlang berbanding tahun 2017. Gred Purata Sekolah (GPS) yang dicapai adalah 3.31. …

Notis Mesyuarat Agung PIBG SIS Kali Ke-36 Sesi 2017/2019

Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung PIBG SIS Kali ke-36 akan diadakan seperti berikut: Tarikh: 22 Mac 2019Hari: JumaatMasa: 8.30 pagiTempat: Dewan Tan Sri Ghazali Jawi, Sekolah Izzuddin Shah Sehubungan dengan itu, tuan/puan (ibu/bapa/penjaga) dijemput menghadiri mesyuarat tersebut. Tuan/puan yang mengemukakan usul diminta hadir pada hari mesyuarat bagi membahaskan usul yang dicadangkan. Pelajar dibenarkan pulang bersama ibu bapa yang …