Program Waqaf Katil Dan Almari Untuk Pelajar SIS

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Sekolah Izzuddin Shah (SIS) dengan kerjasama PIBG SIS melancarkan Program Waqaf Katil dan Almari Untuk Pelajar SIS ekoran wujud kekurangan jumlah katil dan alamari/locker di asrama atas sebab banyak kerosakan yang telah berlaku dalam jangka masa beberapa tahun kebelakangan ini.

Selain itu, pihak Sekolah Izzuddin Shah berhasrat untuk mewujudkan bilik isolasi bagi pelajar yang mengalami gejala sakit (demam,batuk,selsema dan sebagainya).

Sebanyak 88 set/pasang katil dan 81 set/pasang almari diperlukan dengan kos RM330/set katil dan RM590/set almari.

Sehubungan dengan itu, pihak sekolah berbesar hati sekiranya ALUMNI SIS, ibubapa atau mana-mana pihak ingin memberi sumbangan dalam program waqaf ini.

Sumbangan boleh disalurkan melalui akaun Persatuan Ibu Bapa dan Guru SIS seperti berikut:

  • Bank Islam 08013010028963 (TETUAN PIBG SIS) – Rujukan: Waqaf SIS

 

Untuk keterangan lanjut, pihak tuan/puan boleh menghubungi:

  1. Puan Wan Nurul Qamar Binti Wan Rosli – Setiausaha PIBG SIS (0195523810)
    2. Encik Mohd Hafiz Bin Omar Baki – Setiausaha Program Waqaf SIS (0124326267)

 

Segala sumbangan anda amatlah dihargai dan semoga dilipat gandakan ganjaran oleh Allah s.w.t.

#terimakasih
#waqafizzuddin

 


Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *