Majlis Apresiasi Pelajar SPM Dan STPM 2020

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Kepada Semua Ibu Bapa Tingkatan 5 dan 6 (2020)

Satu Majlis Bacaan Yasin akan diadakan bersama-sama di rumah masing-masing mengikut ketetapan berikut;
Tarikh : 19 Februari 2021
Hari : Jumaat
Masa : 8.20 hingga 8.45 pagi

Untuk makluman semua, para pelajar tingkatan 5 dan 6 akan berkumpul mengikut SOP di Musolla Al-Azim Sekolah Izzuddin Shah bagi menyempurnakan Majlis Apresiasi Pelajar pada tahun ini. Program yang dirancang ini perlu mematuhi norma baharu bagi mengekang penularan wabak Covid-19 dalam kalangan warga sekolah.

Sehubungan itu tuan/puan dijemput untuk sama-sama membaca Yasin dirumah masing-masing seperti masa yang telah ditetapkan di atas.

Semoga anak-anak kita dipermudahkan dalam menjalani peperiksaan SPM dan STPM seterusnya diberikan kejayaan cemerlang yang diharapkan.


Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *