Pengenalan Alumni SISTA

Sekitar tahun 1970-an, di atas keperihatinan sekumpulan bekas pelajar telah berusaha mengumpul bekas-bekas pelajar untuk menubuhkan Persatuan Bekas Pelajar Sekolah Izzuddin Shah dan Ta’ayah. Setelah tertubuhnya persatuan ini, maka ia dikenali sebagai PBPSISTA yang bermaksud Persatuan Bekas Pelajar Sekolah Izzuddin Shah dan Ta’ayah.

PBPSITA ditubuhkan adalah untuk mengumpul seramai mungkin bekas pelajar kedua-dua sekolah ini untuk terus berbakti semula kepada kedua-dua sekolah setelah mereka berada di luar dan telah berjaya di dalam bidang masing-masing. Ini kerana terdapat ramai lepasan kedua-dua sekolah ini yang telah pun berjaya di dalam bidang masing-masing sama ada di sektor swasta dan awam yang telah menjawat jawatan tinggi dan penting serta tidak ketinggalan juga kepada usahawan-usahawan yang telah berjaya menjadi ahli perniagaan yang berjaya.

Selain daripada itu, bekas pelajar kedua-dua sekolah ini juga telah pun kehadapan di dalam memimpin Badan-badan bukan Kerjajaan (NGO) yang sama menyumbang di dalam pembangunan negara dalam konteks sosial, sementara tidak ketinggalan sebagai pemimpin parti-parti politik dan telah menjawat jawatan tertinggi di dalam parti masing-masing.

Perasaan kagum juga patut dilahirkan, walaupun berada di dalam ideology yang berlainan tetapi apabila bertemu di atas tiket bekas pelajar SISTA maka dilihat seperti tidak ada sebarang perbezaan di antara mereka. Ianya boleh diibaratkan sebagai satu keluarga yang lahir daripada “ibu bapa” yang sama.

Satu sejarah tersendiri terbentuk bagi persatuan ini tercipta pada Mesyuarat Agung tahun 2004, di mana President Persatuan, Dato’ Seri Dr. Hj. Ahmad Zahid Bin Hamidi telah sebulat suara mengubah nama PBPSISTA (Persatuan Bekas Pelajar Sekolah Izzuddin Shah dan Ta’yah)  kepada Alumni SISTA yang juga membawa makna yang sama.

Apabila memperkatakan tentang pelajar dan bekas pelajar SISTA ini, tentu sahaja ungkapan “Budak Izzuddin” dan “Budak Ta’ayah” tentu sahaja akan terpacul dari mulut sesiapa pun untuk memperkenalkan seseorang itu adalah bekas pelajar atau pelajar SISTA apabila bertemu. Malah ungkapan ini sudah sebati dengan sesiapa pun bukan sahaja bekas pelajar atau pelajar SISTA sendiri. Walau pun usia sudah dimamah, ungkapan “Budak Izzuddin” dan “Budak Ta’yah” menjadi ungkapan biasa dalam melambangkan pelajar atau bekas pelajar SISTA.

 

Ekoran daripada itu, satu majlis makan malam dalam tahun 2004, satu pelekat kereta tertera perkataan “Budak Izzuddin dan “Budak Ta’yah” telah dilancarkan oleh Presiden Alumni SISTA, YAB Dato’ Seri Dr. Hj. Ahmad Zahid bin Hamidi demi untuk meluaskan jaringan (networking) bekas-bekas pelajar SISTA.

Penubuhan Alumni SISTA ini mempunyai objektif-objektif tertentu seperti:

  1. Mengambil satu daya inisiatif untuk mengumpul seramai mungkin bekas pelajar demi mewujudkan satu bentuk jaringan (networking) supaya dapat merealisasikan tujuan penubuhan Amni SISTA itu sendiri.
  2. Menjadi wadah bagi warga SISTA dalam mensyari’atkan, mendaulatkan dan memartabatkan Islam di negeri Perak, Malaysia dan Dunia seluruhnya.
  3. Merealisasikan motto “Menuju Mertabat Tertinggi” (“Ila al-Ghayati Qawa” dan “Nukafihu lil Majdi” iaitu menjadi insan yang memainkan peranan penting dalam memberi manfaat di dunia dan akhirat.
  4. Menjadi platform kepada warga SISTA untuk menyumbang bakti semula kepada kedua-dua sekolah selepas mereka keluar dan Berjaya di dalam bidang masing-masing dalam pelbagai bentuk sama ada dalam bentuk idea, tenaga, kepakaran dan kewangan.
  5. Penggabungan dan pengemblengan idea, tenaga, kepakaran dan kewangan bekas-bekas pelajar demi meningkatkan taraf kedua-dua sekolah agar terus maju dan berjaya di dalam mengeluarkan pelajar-pelajar yang bukan sahaja Berjaya di dalam akademik tetapi Berjaya menjadi insan yang lengkap (kamil) dalam menempuh cabaran terkini.
  6. Menjadikan kedua-dua sekolah, pelajar-pelajar dan bekas-bekas pelajar agar terus Berjaya di dunia dan di akhirat serta menjadi alat pemangkin dalam pembangunan rohani dan jasmani ummah di Negeri Perak khususnya, Malaysia amnya begitu juga di dunia seluruhnya.

Sehingga kini telah banyak aktiviti yang telah dilaksanakan yang melibatkan pelbagai generasi Alumni SUSTA tetapi penglibatan generasi baru tidak begitu memberangsangkan jika dibandingkan generasi awal SISTA. Sehubungan itu pihak Alumni SISTA sangat-sangat berharap agar generasi baru SISTA dapat bergabung dalam menjayakan misi dan visi Alumni SISTA.

Visi

Mensyariatkan, memertabatkan dan mendaulatkan Islam agar menjadi “Way of Life” untuk dunia dan akhirat.

Misi

Mewujudkan satu bentuk jaringan warga SISTA yang mapan, berilmu, beriman dan bertaqwa serta menjadi pemimpin di dalam masyarakat demi menegakkan syari’at Allah s.w.t. di dalam semua bidang.

Motto

الى الغاية القصوى

“Kearah Mencapai Matlamat Tertinggi”

نكافح للمجد

“Menuju Kejayaan Yang Hakiki”

 

Sumber:  Buku Program Mesyuarat Agung Tahunan Alumni SISTA Ke-39 (2017)

Sedang dikemaskini