Kurikulum Aliran Azhariah

(Kurikulum I’dadi dan Thanawi)

Sekolah Izzuddin Shah, Ipoh menggunakan kedua-dua kurikulum iaitu Kurikulum Aliran Perdana Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan Kurikulum Aliran Azhariah dalam pembelajaran seharian.

Selain peperiksaan awam seperti PT3 semasa tingkatan 3 dan SPM semasa tingkatan 5, pelajar-pejar SIS juga akan diuji dengan mengambil peperiksaan lain yang terdapat dalam Kurikulum Aliran Azhariah seperti berikut:

  • Tingkatan 2: Peperiksaan Syahadah I’dadi
  • Tingkatan 4: Peperiksaan Syahadah Thanawi
 
Mata Pejaran Yang Diuji Bagi Kelas I’dadi
  1. Tafsir
  2. Hadis
  3. Tauhid
  4. Feqah
  5. Sirah
  6. Nahu/Sorof
  7. Mutalaah Ta’bir/Nusus

*  Semua mata pelajaran menggunakan bahasa Arab.

> Pencapaian I’dadi Sekolah Izzuddin Shah 2011-2016

Mata Pejaran Yang Diuji Bagi Kelas Thanawi
  1. Tafsir
  2. Hadis
  3. Tauhid
  4. Feqah
  5. Balaghah
  6. Nahu/Sorof
  7. Mutalaah /Insyak

*  Semua mata pelajaran menggunakan Bahasa Arab.

> Pencapaian Thanawi Sekolah Izzuddin Shah 2011-2016

Penggunaan Kurikulum Aliran Azhariah digunakan sehingga pengambilan kumpulan pelajar tingkatan satu tahun 2016 sahaja iaitu kumpulan terakhir yang akan menduduki Peperiksaan I’dadi pada 2017 dan Thanawi pada 2019.

Bermula pengambilan kumpulan tingkatan satu pada tahun 2017, Kurikulum Aliran Perdana dan Kurikulum Bersepadu Dini (KBD) digunakan.