Kurikulum Bersepadu Dini (KBD)

Kurikulum Bersepadu Dini (KBD)

Bermula tahun 2017, Kurikulum Bersepadu Dini (KBD) digunakan bagi pelajar baharu Tingkatan 1 di Sekolah Izzuddin Shah, Ipoh. Terdapat 3 aliran dijalankan iaitu

  1. KBD + Aliran Tahfiz
  2. KBD + Hafazan Al-Quran
  3. KBD + Hafazan Al-Quran + Pengajian Tafaqquh Turath 

SENARAI MATA PELAJARAN KBD DI SIS

TERAS (KSSM)

  1. Bahasa Arab
  2. Bahasa Inggeris
  3. Bahasa Melayu
  4. Geografi
  5. Matematik
  6. Reka Bentuk Teknologi
  7. Sejarah
  8. Sains

 

DINI (KBD)

  1. Syariah
  2. Usuluddin

*Menggunakan Bahasa Arab.

TAMBAHAN MENGIKUT ALIRAN

  1. Tasmik (Aliran Tahfiz)
  2. Tafaqquh Turath (Aliran Pengajian Tafaqquh Turath)

 

DOKUMEN STANDARD KURIKULUM (DSK)

Dokumen Standard Kurikulum Bersepadu Dini (KBD) boleh dipindah turun di sini


 

PELAKSANAAN ALIRAN KBD DAN TAHFIZ DI SEKOLAH IZZUDDIN SHAH

  • Pelaksanaan KBD dan Tahfiz adalah menggabungkan dua komponen Tahfiz al-Quran dengan mata pelajaran sedia ada dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KSSM) dan Kurikulum Bersepadu Dini (KBD)
  • Pengintegrasian komponen ini diharap dapat melahirkan generasi pelajar yang menghafaz al-Quran (al-Hafiz), menguasai dan mengamalkan ilmu-ilmu al-Quran di samping ilmu-ilmu lain.

 

Pelajar-pelajar aliran Tahfiz SIS memulakan sesi hafazan al-Quran seawal pagi sebelum waktu Subuh di Musalla al-Azam, Sekolah Izzuddin Shah

Matlamat Penubuhan Aliran Tahfiz yang diilhamkan oleh YAB Menteri Besar Perak

  1. Mampu memahami isi kandungan al-Quran dan menjadi rujukan masyarakat.
  2. Memelihara isi kandungan al-Quran dan keaslian bacaannya dari sebarang penyelewengan.
  3. Mempunyai ilmu pengetahuan, beramal soleh, bertakwa kepada Allah s.w.t. dan berakhlak mulia.

 

Objektif Aliran Tahfiz

  • Melahirkan modal insan yang menghafaz dan memahami 30 juzuk al-Quran.
  • Melahirkan modal insan yang mahir dalam bidang agama dan profesional berlandaskan al-Quran.

 

Agihan Juzuk Hafazan Mengikut Tingkatan

TINGKATAN JUZUK JUMLAH JUZUK
Satu 30, 1, 2, 3, 4, 5 6
Dua 6 hingga 12 7
Tiga 13 hingga 18 6
Empat 19 hingga 25 7
Lima 26 hingga 29 4

Kaedah Hafazan Yang Diamalkan

  1. Kelancaran
  2. Talaqqi dan Musyafahah
  3. Hafazan
  4. Tasmi’
  5. Murajaah / Ulangan


PELAKSANAAN ALIRAN KBD, TAFAQQUH TURATH DAN HAFAZAN AL-QURAN DI SEKOLAH IZZUDDIN SHAH

Tafaqquh

Sabda Rasulullah s.a.w.

مَنْ يُرِدِ اللَّهُ بِهِ خَيْرًا يُفَقِّهْهُ فِي الدِّينِ

“Barang siapa yang Allah kehendaki baginya kebaikan, maka Dia akan memberikan pemahaman yang mendalam dalam urusan agama”

Tafaqquh Turath

Kitab Turath adalah khazanah ilmu warisan ulama terdahulu yang mempunyai keistimewaan tersendiri. Kebanyakannya mempunyai sanad yang bersambung kepada sumber mutlak pembawa risalah terakhir iaitu baginda Rasulullah s.a.w.

Perbahasan Kitab Turath

Para ulamak silam menulis berbagai-bagai perbahasan dan penjelasan mengenai kitab yang diajarnya dalam pelbagai disiplin ilmu dalam pengajian Islam. Ini termasuklah ilmu:

  1. Tafsir;
  2. Hadis;
  3. Fiqh;
  4. Usul Fiqh;
  5. Akidah;
  6. Mantiq; dan
  7. Ilmu alat yang penting seperti Bahasa Arab

 

Kaedah Pembelajaran Turath

Talaqqi dan musyafahah – iaitu pelajar perlu hadir berdepan dengan para guru di mana tuan guru tersebut merupakan seorang yang sangat mahir mengenai kitab yang diajarkan.

Senarai Kitab Turath Tingkatan Satu

  1. Al-Ajurumiah
  2. Matan Binak wa al-Asas
  3. Ummul Barahin
  4. Sittin Maslahatan
  5. Miftahul Jannah
  6. Syarah al-Makudi
  7. Idaman Penuntut Kitab Jawi

 

Pelajar Juga Perlu Menghafaz Surah-surah Pilihan al-Quran

  1. Juz 30
  2. Surah al-Baqarah
  3. Surah al-Kahfi
  4. Surah as-Sajadah
  5. Surah Yassin
  6. Surah ar-Rahman
  7. Surah al-Waqiah
  8. Surah al-Mulk
Kemaskini terakhir: 19 September 2017