Makluman kepada semua pelajar Sekolah Izzuddin Shah yang telah mendapat surat tawaran untuk meneruskan pengajian ke tingkatan 4 (Tingkatan 3 2020), Tingkatan 5 (Tingkatan 4 2020) bagi sesi persekolahan tahun 2021 sertaTingkatan 5 (Calon SPM 2020) dan 6 .
Pendaftaran persekolahan dan asrama bagi sesi 2020 akan diadakan seperti berikut:
Tarikh: 19 Januari 2020 (Selasa)
Masa: 9:00 pagi hingga 3:00 petang
Tempat: Dewan Tan Sri Ghazali Jawi, Sekolah Izzuddin Shah.
Giliran waktu pendaftaran adalah seperti berikut:
- 9.00 pagi – 11.00 pagi – Tingkatan 4 (2021)
- 11.00 pagi – 1.00 tengahari – Tingkatan 5 (2021)
- 1.00 t/hari – 3.00 petang – Tingkatan 5 (2020) dan Tingkatan 6.
Aturan pendaftaran adalah seperti berikut:
- Pelajar dan seorang ibu bapa/penjaga membuat saringan suhu badan di ihadapan pintu utama dewan
- Urusan di kaunter kelas ( mengikut kelas tahun 2020) – yuran, semakan nama, semakan bilik asarama.
- Pelajar mengambil barang di kenderaan dan sesi nyahkuman di laluan bilik guru (pelajar & barang-barang)
- Pelajar terus bergerak ke asrama melalui koridor bilik guru.
Ibu/Bapa/Penjaga yang akan menghantar pelajar dimohon untuk mengisi Borang Deklarasi Perjalanan di pautan berikut (mulai 18 – 19 Januari 2021 sahaja)
https://forms.gle/2FFn33U6r2nEaGmc7
Setelah borang ini diisi, SILA SEMAK EMAIL, anda akan menerima notis/maklum balas yang menyatakan anda telah mengisi borang deklarasi tersebut. Sila tunjuk notis/maklum balas ini kepada petugas saringan di pondok pengawal pada hari pulang nanti.
Bersama-sama ini juga disertakan:
- Senarai Yuran Persekolahan / Senarai Keperluan Koperasi Sekolah
- Garis Panduan Pengurusan Pembukaan Sekolah / Jadual keluar kawasan balik kampung.
Mohon sediakan 3 keping sampul surat kosong bersetem 80 sen untuk diserahkan semasa pendaftaran.
Sekian terima kasih.
SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH. PATUHI SOP. BERSAMA HINDARI WABAK COVID-19