Berita / Makluman

Pelajar Cemerlang PT3 2016 Diraikan Di Sarawak

Seramai enam (6) orang pelajar Sekolah Izzuddin Shah (SIS) yang cemerlang dengan keputusan 11A, 10A dan 9A dalam PT3 2016, telah diraikan oleh pihak sekolah dengan dibawa bercuti melawat negeri Sarawak pada 18 hingga 20 Ogos 2017 yang lalu. Lawatan ini adalah bagi menghargai usaha yang dilakukan pelajar untuk mencapai kejayaan membanggakan malah keputusan PT3 2016 telah meningkat berbanding tahun 2015. …

Ihtifal Ilmi SMA Peringkat Kebangsaan 2017: Pelajar SIS Memperolehi Pingat

Sekolah Izzuddin Shah (SIS) telah mewakili negeri Perak bagi beberapa acara di dalam Majlis Ihtifal Ilmi Sekolah Menengah Agama Malaysia (MIISMAM) Peringkat Kebangsaan 2017 yang telah diadakan di Pulau Pinang pada 4 hingga 6 Ogos 2017. Majlis tahunan anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) pada tahun ini diadakan di Sekolah Menengah Agama Maahad Al-Mashoor Al-Islami, Balik Pulau, Pulau Pinang. Negeri …

Mesyuarat JK PIBG SIS Sesi 2017-2019 Bil. 3/2017

SABTU, 19 Julai – Mesyuarat Jawatankuasa PIBG SIS Sesi 2017-2019 bil. 3/2017 telah diadakan petang ini di Bilik Mesyuarat Lama SIS. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh YDP PIBG SIS, Tn. Hj. Dzohiri b. Abdul Samad. Tujuan utama mesyuarat kali ini adalah untuk membincangkan “Majlis Malam Mahabbah SIS” yang bertujuan untuk mendapatkan dana bagi melaksanakan aktiviti kurikulum, kokurikulum dan meningkatkan infrastruktur sekolah. …

Makluman Mukhayyam Khas Tahfiz Tingkatan 1 Sina Sekolah Izzuddin Shah

Assalamualaikum w.b.t. Perkara di atas dengan segala hormatnya dirujuk. 2. Mukhayyam tersebut akan diadakan seperti berikut: Tarikh : 25 – 27 Ogos 2017 ( Jumaat – Ahad ) Tempat : Dewan VVIP, Masjid Sultan Azlan Shah, Ipoh 3. Sehubungan dengan itu, anak tuan telah terpilih untuk mengikuti sepenuh masa mukhayyam tersebut bagi memantapkan penguasaan Al-Quran. Pihak tuan dikehendaki membekalkan jubah …

Tarikh Pulang Ke Rumah: Cuti Pertengahan Penggal ke-2 Dan Pindaan Untuk Bulan September

Untuk makluman ibu/bapa/waris pelajar-pelajar SIS, tarikh pulang ke  rumah pada cuti pertengahan penggal kedua adalah seperti berikut: Tarikh pulang kerumah : 25 Ogos 2017 (Jumaat) Tarikh kembali ke asrama: 3 September 2017 (Ahad) sebelum 6 petang. Bagi pelajar-pelajar tingkatan 1 Sina, tarikh pulang ke rumah adalah pada 27 Ogos 2017 (Ahad) selepas solat zuhur kerana terlibat dengan program Mukhayyam Tahfiz. …

Majlis Bertemu Waris Sekolah Izzuddin Shah

Majlis Bertemu Waris SIS akan diadakan seperti berikut: Tarikh: 7 Julai 2017 (Jumaat) Masa: 8.00 pagi – 12.00 tengahari Tempat: Dewan Tan Sri Ghazali Jawi, Sekolah Izzuddin Shah Sehubungan dengan itu, ibu/bapa/penjaga/waris pelajar SIS dijemput untuk hadir berbincang mengenai pencapaian akademik dan sahsiah anak-anak demi kecemerlangan mereka. SEKITAR MAJLIS BERTEMU WARIS SIS PADA 7.7.17 Sedang dikemaskini  

80 Pelajar SIS Sertai Malaysia #QuranHour Di Putrajaya

ISNIN 19 Jun, Seramai 80 orang pelajar Sekolah Izzuddin Shah telah menyertai Malaysia #QuranHour yang di adakan di Masjid Sultan Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.   Rombongan telah bertolak daripada Ipoh seawal pukul 5 pagi bersama-sama 10 bas rombongan yang lain dari Sekolah Menengah Raja Dr Nazrin Shah, Kampung Gajah, Sekolah Menengah Raja Perempuan Taayah, Ipoh dan Maahad Tahfiz Negeri Perak. Turut serta …

Kejohanan Olahraga Tahunan SIS Kali Ke-47 Tahun 2017

Sekolah Izzuddin Shah (SIS) telah mengadakan Kejohanan Olahraga Tahunan SIS Kali Ke-47 Tahun 2017 pada Sabtu, 15 April 2017. Kejohanan yang bertemakan “tradisional” ini telah dirasmikan oleh alumni SIS iaitu Tn. Hj. Zahrulnizam Abdul Majid. Kedudukan rumah sukan setelah tamat kejohanan adalah seperti berikut: KEDUDUKAN RUMAH SUKAN MATA KESELURUHAN JOHAN          Saidina Abu Bakar (Biru) 252 NAIB JOHAN Saidina Ali (Merah) 239 …

Mesyuarat Agong PIBG SIS Kali Ke-34

Mesyuarat Agong PIBG SIS Kali Ke-34 telah diadakan pada Jumaat, 17 Mac 2017. Mesyuarat kali ini telah melantik ahli jawatankuasa yang baharu bagi sesi 2017-2019. Berikut merupakan senarai AJK SIS yang telah dilantik: Penasihat: Tn. Haji Omar b. Bakar A.M.P., P.P.T Yang Di Pertua: Tn. Hj. Dzohiri b. Abdul Samad Naib Yang Di Pertua: YBhg. Datuk Ahmad Zaini b. Kamarulzaman Setiausaha: Pn. Nur …