Berita / Makluman

Semakan Tawaran Kemasukan Tingkatan Satu SMAN Perak 2018

اَلسَّلاَ مُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ Makluman kepada pemohon-pemohon yang telah menghadiri temuduga kemasukan ke tingkatan 1, Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) Perak 2018. Semakan tawaran kemasukan boleh dilakukan secara dalam talian bermula hari ini 28 Disember 2017 di: https://egerbang.perak.gov.my/smanjaipk Tahniah diucapkan kepada calon-calon yang berjaya ditawarkan ke Sekolah Izzuddin Shah dan tujuh (7) SMAN Perak yang lain. Seluruh …

Yuran Persekolahan SIS 2018 Dan Pendaftaran Asrama

Makluman kepada semua pelajar Sekolah Izzuddin Shah yang telah mendapat surat tawaran untuk meneruskan pengajian ke tingkatan 2, 3 dan 5  bagi sesi persekolahan tahun 2018. Pendaftaran persekolahan dan asrama bagi sesi 2018 akan diadakan seperti berikut: Tarikh: 1 Januari 2018 (Isnin) Masa: 9:00 pagi hingga 12:00 tengah hari Tempat: Dewan Tan Sri Ghazali Jawi, Sekolah Izzuddin Shah. Sekiranya tidak …

PT3 2017 – 16 Pelajar SIS Mendapat Keputusan Cemerlang

Keputusan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) 2017 telah diumumkan hari ini. Seramai 16 orang pelajar Sekolah Izzuddin Shah telah mendapat keputusan cemerlang (11A, 10A, 9A dan 8A). Seramai 3 orang pelajar memperolehi 11A, 2 orang pelajar memperolehi 10A, 4 orang mendapat 9A dan 7 orang mendapat 8A. Tahniah diucapkan kepada guru-guru, semua calon PT3 SIS 207 dan ibu bapa. Berikut adalah analisis …

Majlis Penyerahan Slip Keputusan PT3 2017

Perhatian kepada calon Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) Sekolah Izzuddin Shah (SIS), tahun 2017. Majlis Penyerahan Slip Keputusan PT3 2017, Sekolah Izzuddin Shah akan diadakan seperti berikut: Tarikh: 14 Disember 2017 Hari: Khamis Masa: 9.00 pagi – 12.00 tengah hari Tempat: Dewan Tan Sri Hj. Ghazali Jawi, SIS Sehubungan itu, semua calon PT3 SIS 2017 bersama ibu/bapa/penjaga dijemput hadir ke majlis …

Permohonan Ke Tingkatan Satu Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) Perak 2018 Dibuka Ditutup

اَلسَّلاَ مُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ Peluang untuk menjadi pelajar Sekolah Izzuddin Shah, Ipoh (SIS). Permohonan Kemasukan Ke Tingkatan 1 Sekolah Izzuddin Shah dan Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) Negeri Perak bagi tahun 2018 kini boleh dibuat secara dalam talian di laman web berikut. telah ditutup. https://egerbang.perak.gov.my/smanjaipk TARIKH TUTUP PERMOHONAN: 7 DISEMBER 2017 (KHAMIS) Cara-Cara Memohon Pastikan pemohon memenuhi …

Pelawaan Menaja Majalah Sekolah (AKRAB 2017)

Merujuk kepada perkara di atas, Sidang Redaksi Majalah tahunan Sekolah Izzuddin Shah (AKRAB 2017) ingin memaklumkan bahawa majalah AKRAB bagi sesi 2017 bakal diterbitkan tidak lama lagi. 2. Proses penerbitan majalah ini memerlukan modal yang agak besar. Justeru, bagi menampung perbelanjaan tersebut, pihak kami dengan berbesar hati mempelawa syarikat tuan/puan atau secara individu bagi membuat tajaan sebagai sumbangan kepada majalah …

Tarikh Pulang Ke Kampung Bulan Oktober Dan Pemukiman Pelajar Tingkatan 4

Sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, sempena perayaan Depavali pada 18 Oktober 2017, sesi persekolahan akan bercuti pada 16 hingga 20 Oktober 2017. Sehubungan itu, pelajar dibenarkan pulang ke rumah pada hari Jumaat, 13 Oktober 2017 selepas solat Jumaat dan kembali semula ke asrama pada hari Ahad 22 Oktober 2017 sebelum pukul 6 petang. Walau bagaimanapun, pelajar tingkatan …

Program Ceramah Motivasi, Akujanji Dan Solat Hajat Pelajar PT3, SPM dan STPM

اَلسَّلاَ مُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ Sukacita dimaklumkan, Program Akujanji Dan Solat Hajat Pelajar PT3, SPM dan STPM Sekolah Izzuddin Shah (SIS), Ipoh akan diadakan seperti berikut. Tarikh : 21 September 2017 (Khamis) Masa : 12.00 tengahari – 2.00 petang Tempat : Dewan Tan Sri Ghazali Jawi , SIS dan Musalla Al-Azam, (Solat Hajat) Sehubungan itu, semua ibu/bapa/waris calon peperiksaan …

Permohonan Kemasukan Ke Tingkatan 1 Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) Perak 2018

اَلسَّلاَ مُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ Peluang untuk menjadi pelajar Sekolah Izzuddin Shah, Ipoh (SIS). Permohonan Kemasukan Ke Tingkatan 1 Sekolah Izzuddin Shah dan Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) Negeri Perak bagi tahun 2018 boleh dibuat secara dalam talian di laman web berikut selepas keputusan UPSR 2017 diumumkan. https://egerbang.perak.gov.my/smanjaipk http://jaipk.perak.gov.my http://jaipk.edu.my Syarat-syarat permohonan: Memperolehi sekurang-kurangnya 4A 2B dalam UPSR …

Izzuddin Naib Juara Kawad Kaki Hari Kebangsaan Ke-60

IPOH, 31 Ogos (Khamis) – Sekolah Izzuddin Shah (SIS) meneruskan tradisi kecemerlangannya dalam pertandingan Kawad Kaki Hari Kebangsaan ke-60 peringkat Negeri Perak yang diadakan di Ipoh hari ini. SIS telah mendapat Naib Johan dalam kategori Sekolah/IPT. Johan dimenangi Sekolah Raja Perempuan Taayah (SERATA), Ipoh dan Ketiga Sekolah Menengah Raja Dr. Nazrin Shah (SARJANA), Kampung Gajah. Tahniah diucapkan kepada seluruh kontinjen …

Pindaan Tarikh Kembali Ke Asrama Sempena Cuti Umum Khas Juarai Sukan Sea KL2017

Assalamualaikum w.b.t. Sehubungan dengan pengumuman YAB Perdana Menteri Malaysia, Isnin 4 September 2017 sebagai cuti umum, maka semua pelajar dibenarkan balik ke asrama pada: Isnin 4 September 2017 Sebelum 6.00 pukul petang. Dimohon kerjasama semua ibu/bapa/penjaga menghantar anak sebelum pukul 6.00 petang. Pintu pagar utama akan ditutup pada pukul 6.00 petang. Bagi yang lewat, kenderaan tidak dibenarkan masuk. Pelajar perlu …

Mukhayyam Tahfiz Melabuhkan Tirai

IPOH, 27 Ogos – Pelajar-pelajar tingkatan 1 Sina Sekolah Izzuddin Shah (SIS) telah mengikuti Mukhayyam Tahfiz selama tiga hari 2 malam di Masjid Sultan Azlan Shah dekat Institut Tadbiran Islam Negeri Perak (INTIM) dari 25 hingga 27 Ogos 2017. Mukhayyam khas ini diadakan bagi meningkatkan penguasaan al-Quran untuk memudahkan lagi pelajar-pelajar tingkatan 1 Sina untuk menghafaz al-Quran. Kelas 1 Sina …

Kumpulan Nasyid SIS (Soutul Faizin) Juarai Gema Kontemporari Sekolah Menengah Negeri Perak

IPOH, 26 Ogos (Sabtu) – Soutul Faizin, Kumpulan Nasyid Sekolah Izzuddin Shah (SIS) telah mendapat Johan dalam Gema Kontemporari Sekolah-Sekolah Menengah Peringkat Negeri Perak yang telah diadakan di Dewan Bankuet, Bangunan Darul Ridzuan di sini. Naib Johan dimenangi oleh Az-Zahidin (SMKA Slim River) dan ketiga Sofwatunnur (SMKA Sultan Azlan Shah, Bota).  Selain SIS, ia turut disertai oleh 14 sekolah lain …