Berita / Makluman

Pindaan Jadual Pulang Ke Kampung Bulan Mei Sempena Cuti Pasca PRU14

Sebagaimana diumumkan oleh Ketua Setiausaha Negara, 10 dan 11 Mei 2018 diisytiharkan sebagai cuti umum setelah keputusan PRU14 diumumkan. Oleh yang demikian, semua pelajar SIS diwajibkan pulang ke rumah bermula pukul 10:00 pagi Khamis 10 Mei 2018 dan kembali ke asrama sebelum pukul 6:00 petang Ahad 13 Mei 2018. Sehubungan itu, tarikh pulang bermalam bagi bulan Mei yang dijadualkan pada …

PRU-14 : SIS Sebagai Pusat Mengundi. Lawatan Ibu Bapa Tidak Dibenarkan

Sebagaimana semua sedia maklum, Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) akan diadakan pada hari Rabu, 9 Mei 2018. Sekolah Izzuddin Shah telah ditetapkan sebagai pusat mengundi bagi Parlimen P.064 – Ipoh Timor dan DUN N.25 – Canning pada hari berkenaan. Sebanyak 3 saluran mengundi disediakan. Hari berkenaan juga telah diisytiharkan sebagai cuti umum oleh Kerajaan. Walau bagaimanapun, atas faktor keselamatan, Ibu/Bapa/Penjaga …

SIS Menjuarai Semua Acara Dalam MTQ & Festival Nasyid Daerah Kinta Utara 2018

IPOH, 3 April – Sekolah Izzuddin Shah (SIS) mempamerkan kecemerlangan apabila menjuarai kesemua acara yang dipertandingkan (Kategori Lelaki) dalam Majlis Tadarus Al-Quran (MTQ) dan Festival Nasyid Sekolah-Sekolah Daerah Kinta Utara yang diadakan di SMK Kampung Paser Puteh, Ipoh hari ini. Dengan kejuaraan ini, SIS akan mewakili Daerah ke peringkat Negeri dalam semua acara yang dipertandingkan. Berikut adalah Keputusan Rasmi MTQ …

SIS Mendapat Tempat Ke-3 Pidato Piala Tuanku Kurshiah Peringkat Kebangsaan 2018

KUALA LUMPUR, 31 Mac – Sekolah Izzuddin Shah (SIS) yang merupakan wakil tunggal negeri Perak dalam Pertandingan Pidato Piala Tuanku Kurshiah Peringkat Kebangsaan 2018, telah mendapat tempat ketiga dalam pertandingan tersebut. Pertandingan yang dianjurkan oleh Kolej Kediaman Tuanku Kurshiah, Universiti Malaya dengan Kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia, Kelab Pidato Perdana dan Dewan Bahasa dan Pustaka ini telah diadakan pada 29 hingga 31 …

Lawatan Penanda Aras Ke Banda Aceh Darussalam

BANDA ACEH, 18 Mac – Sepuluh orang guru Sekolah Izzuddin Shah (SIS) termasuk Tuan Pengetua dan Penolong-penolong Kanan dan lima orang pelajar SIS telah mengadakan Lawatan Penanda Aras ke Banda Aceh Darussalam, Indonesia pada 18 hingga 21 Mac 2018 yang lalu. Rombongan berlepas daripada Lapangan Antarabangsa Bayan Lepas Pulau Pinang ke Banda Aceh (transit di Medan) pada 18 Mac 2018. …

Keputusan SPM SIS 2017 Meningkat

IPOH, 15 Mac – Keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sekolah Izzuddin Shah (SIS) bagi tahun 2017 yang diumumkan hari ini menunjukkan peningkatan berbanding tahun 2016 dengan memperolehi Gred Purata Sekolah (GPS) 3.14 berbanding 3.19 pada tahun 2016. Seramai 89 calon SIS telah mengambil SPM pada tahun 2017. Seorang calon telah memperolehi keputusan 10A, 2 orang mendapat 9A, 8A tujuh …

Keputusan STPM 2017

Keputusan Sijil Tinggi Persekolahan (STPM) 2017 telah diumumkan pada 6 Mac 2018. Seramai 8 calon Sekolah Izzuddin Shah telah menduduki peperiksaan tersebut. Berikut adalah keputusan STPM 2017 SIS: Bil. mendapat 1A : 2 orang Prestasi Nilai Gred Kumulatif (PNGK) : 2.41 Pelajar Terbaik: Siti Nurhafizah Mohd Yusoff (1A,1B+,1B,1B-) – PNGK 3.25 Aida Nasuha Rosli (1A, 1B+, 2B-) – PNGK 3.09 …

SIS Capai Kelulusan 100% I’dadi dan 97% Thanawi 2017

IPOH 20 Feb. – Sekolah Izzuddin Shah (SIS) Ipoh telah mencapai kelulusan 100% bagi Peperiksaan I’dadi 2017 dan 96.6% bagi Peperiksaan Thanawi 2017 yang telah dijalankan pada 23-26 Oktober 2017 yang lalu. Keputusan ini telah diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam, Pendidikan Islam, Dan Pembangunan, Datuk Dr. Nizar Zakaria hari ini.   Bagi Peperiksaan I’dadi, seramai 127 calon SIS telah …

Notis Mesyuarat Agung PIBG SIS Kali Ke-35 Sesi 2017/2018 – Pindaan Waktu

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung PIBG SIS kali ke-35 akan diadakan seperti berikut : Tarikh : 16 Mac 2018 Hari : Jumaat Masa : 2.45 petang 10.00 pagi Tempat : Dewan Tan Sri Ghazali Jawi, Sekolah Izzuddin Shah 2.  Agenda mesyuarat : i. Ucapan Pengerusi ii. Ucapan Penasihat iii. Membentang dan mengesahkan Minit …

Pelawaan Kepada Ibu Bapa Sebagai Petugas Kejohanan Olahraga Tahunan SIS Kali Ke-48 Tahun 2018

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ Makluman kepada semua ibu/bapa pelajar-pelajar Sekolah Izzuddin Shah (SIS), Ipoh. Dimaklumkan bahawa, Sekolah Izzuddin Shah merancang untuk mengadakan Kejohanan Olahraga Tahunan SIS kali ke-48 pada 14 April 2018. Pihak sekolah bersama-sama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SIS dengan berbesar hati ingin melibatkan dan mempelawa ibu bapa secara langsung sebagai petugas seperti pengadil balapan atau …

Hari Pendaftaran Kemasukan Pelajar Baharu Tingkatan Satu 2018

أهلاً وسهلاً Tahniah dan Selamat Datang kepada pelajar-pelajar baharu tingkatan satu yang ditawarkan ke Sekolah Izzuddin Shah, Ipoh. Sesi Pendaftaran Kemasukan Ke Tingkatan Satu bagi sesi persekolahan tahun 2018, Sekolah Izzuddin Shah akan diadakan seperti berikut: Tarikh: 17 Januari 2018 (Rabu) Masa: 9.00 pagi Tempat: Dewan Tan Sri Ghazali Jawi, Sekolah Izzuddin Shah.   Dimohon semua pelajar untuk melengkapkan dokumen-dokumen …