SIS Mendapat Tempat Ke-3 Pidato Piala Tuanku Kurshiah Peringkat Kebangsaan 2018

KUALA LUMPUR, 31 Mac – Sekolah Izzuddin Shah (SIS) yang merupakan wakil tunggal negeri Perak dalam Pertandingan Pidato Piala Tuanku Kurshiah Peringkat Kebangsaan 2018, telah mendapat tempat ketiga dalam pertandingan tersebut.

Pertandingan yang dianjurkan oleh Kolej Kediaman Tuanku Kurshiah, Universiti Malaya dengan Kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia, Kelab Pidato Perdana dan Dewan Bahasa dan Pustaka ini telah diadakan pada 29 hingga 31 Mac 2018 di Universiti Malaya Kuala Lumpur.

Saudara Harith Lengkap Berbaju Melayu Biru Dengan Hadiah Kemenangannya

Pemidato SIS, Saudara  Harith Imtiaz (tingkatan 5 Ibnu Nafis) yang bertanding dengan 36 peserta yang lain daripada 27 buah sekolah 12 negeri di seluruh Malaysia telah mendapat tempat ke-3 dalam pertandingan tersebut.

Johan pertandingan adalah peserta daripada Maktab Sultan Ismail, Kelantan dan Naib Johan peserta daripada SMK (P) Temenggong Ibrahim, Johor.

Seluruh warga SIS mengucapkan tahniah dan semoga kejayaan ini menjadi pemangkin kepada seluruh warga SIS untuk meneruskan kecemerlangan sama ada akademik, ko-akademik mahupun ko-kurikulum di peringkat yang tertinggi.

Berikut adalah senarai sekolah yang menyertai pertandingan tersebut:

  1. Sekolah Izzuddin Shah, Ipoh Perak
  2. SMK Bukit Bandaraya, Kuala Lumpur
  3. SMK Tun Aminah, Johor
  4. SMK (P) St. George, Pulau Pinang
  5. Kolej Tunku Kurshiah, Seremban
  6. SBPI Gombak, Selangor
  7. SMK Abdul Jalil, Selangor
  8. SMK I.J. Convent, Johor Bahru
  9. SMK Sultan Badlishah, Kedah
  10. SMK Sultanah Asma, Kedah
  11. SM. Sains Selangor, Selangor
  12. SMK (P) Temenggong Ibrahim, Johor
  13. Maktab Sultan Ismail, Kelantan
  14. SMK Seri Bentong, Pahang
  15. SBPI Rawang, Selangor
  16. SMK Kota Samarahan, Sarawak
  17. Sekolah Dato’ Abdul Razak, Seremban
  18. SAM Tinggi Tengku Ampuan Jemaah, Selangor
  19. SMK Al-Irshad, Pulau Pinang
  20. SMK Meru, Selangor
  21. SM. Sains Sultan Mohamad Jiwa, Kedah
  22. SMA Bandar Tenggara, Johor
  23. SM Sains Hulu Selangor, Selangor
  24. SM Sains Kuala Terengganu, Terengganu
  25. SMK Bandar Tasik Selatan, Kuala Lumpur
  26. SMK Subang Utama, Selangor
  27. SMK Munshi Abdullah, Melaka

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *