SIS Capai Kelulusan 100% I’dadi dan 97% Thanawi 2017

IPOH 20 Feb. – Sekolah Izzuddin Shah (SIS) Ipoh telah mencapai kelulusan 100% bagi Peperiksaan I’dadi 2017 dan 96.6% bagi Peperiksaan Thanawi 2017 yang telah dijalankan pada 23-26 Oktober 2017 yang lalu. Keputusan ini telah diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam, Pendidikan Islam, Dan Pembangunan, Datuk Dr. Nizar Zakaria hari ini.
 
Bagi Peperiksaan I’dadi, seramai 127 calon SIS telah mengambil peperiksaan tesrsebut. Daripada jumlah tersebut, seramai 44 orang pelajar mendapat keputusan Mumtaz, 53 orang Jaid Jiddan, 25 orang Jaid dan 5 orang Makbul dengan Gred Purata Sekolah (GPS) 2.0.
 
Terdapat peningkatan 13 pelajar yang mendapat keputusan Mumtaz berbanding tahun 2016.
 
Bagi peperiksaan Thanawi pula, seramai 119 calon SIS telah hadir peperiksaan. Daripada jumlah tersebut, 115 pelajar telah lulus dan 4 orang gagal. 13 orang pelajar mendapat keputusan Mumtaz, 44 orang pelajar mendapat Jaid Jiddan, 41 orang pelajar mendapat Jaid dan 17 orang pelajar Makbul dengan GPS 2.7.
 
Tahniah diucapkan kepada semua semua pelajar, guru-guru, ibu bapa dan pengurusan Sekolah.
 

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *