Monthly Archives: Mei 2018

Makluman Waktu Keluar Kawasan Sepanjang Bulan Ramadan

Assalamualaikum w.b.t. Makluman kepada semua pelajar dan ibu bapa. Pelajar-pelajar SIS dibenarkan keluar kawasan ke Bazar Ramadan di Taman Cempaka atau kawasan berhampiran sekolah pada setiap hari Sabtu ATAU Ahad (salah satu sahaja, jika telah keluar hari Sabtu tidak dibenarkan keluar pada hari Ahad). Waktu keluar adalah daripada pukul 3.00 petang hingga 6.00 petang sahaja. Ibu bapa pelajar juga dibenarkan …

Pindaan Jadual Pulang Ke Kampung Bulan Mei Sempena Cuti Pasca PRU14

Sebagaimana diumumkan oleh Ketua Setiausaha Negara, 10 dan 11 Mei 2018 diisytiharkan sebagai cuti umum setelah keputusan PRU14 diumumkan. Oleh yang demikian, semua pelajar SIS diwajibkan pulang ke rumah bermula pukul 10:00 pagi Khamis 10 Mei 2018 dan kembali ke asrama sebelum pukul 6:00 petang Ahad 13 Mei 2018. Sehubungan itu, tarikh pulang bermalam bagi bulan Mei yang dijadualkan pada …

PRU-14 : SIS Sebagai Pusat Mengundi. Lawatan Ibu Bapa Tidak Dibenarkan

Sebagaimana semua sedia maklum, Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) akan diadakan pada hari Rabu, 9 Mei 2018. Sekolah Izzuddin Shah telah ditetapkan sebagai pusat mengundi bagi Parlimen P.064 – Ipoh Timor dan DUN N.25 – Canning pada hari berkenaan. Sebanyak 3 saluran mengundi disediakan. Hari berkenaan juga telah diisytiharkan sebagai cuti umum oleh Kerajaan. Walau bagaimanapun, atas faktor keselamatan, Ibu/Bapa/Penjaga …