Makluman Waktu Keluar Kawasan Sepanjang Bulan Ramadan

Assalamualaikum w.b.t.

Makluman kepada semua pelajar dan ibu bapa.

Pelajar-pelajar SIS dibenarkan keluar kawasan ke Bazar Ramadan di Taman Cempaka atau kawasan berhampiran sekolah pada setiap hari Sabtu ATAU Ahad (salah satu sahaja, jika telah keluar hari Sabtu tidak dibenarkan keluar pada hari Ahad). Waktu keluar adalah daripada pukul 3.00 petang hingga 6.00 petang sahaja.

Ibu bapa pelajar juga dibenarkan untuk membawa anak-anak keluar pada waktu tersebut.

Selain itu, ibu bapa juga dibenarkan membawa juadah dari luar untuk berbuka puasa bersama anak-anak di dalam kawasan Sekolah pada setiap hari Sabtu sahaja.

Sekian dimaklumkan dan Selamat Menunaikan Ibadah Ramadan Kepada Semua Pengunjung Laman Web Rasmi SIS.


Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *