Lawatan Penanda Aras Ke Banda Aceh Darussalam

BANDA ACEH, 18 Mac – Sepuluh orang guru Sekolah Izzuddin Shah (SIS) termasuk Tuan Pengetua dan Penolong-penolong Kanan dan lima orang pelajar SIS telah mengadakan Lawatan Penanda Aras ke Banda Aceh Darussalam, Indonesia pada 18 hingga 21 Mac 2018 yang lalu.

Rombongan berlepas daripada Lapangan Antarabangsa Bayan Lepas Pulau Pinang ke Banda Aceh (transit di Medan) pada 18 Mac 2018.

Tujuan utama lawatan adalah untuk ke Pesantren Ma’Had Darul Ihsan (www.darulihsanabuhasan.com) pada hari ke-3. Di sana, kedua-dua pihak telah berkongsi pengalaman dalam pengurusan dan perjalanan sistem pendidikan di Pesanteren / Sekolah.

Lawatan juga bertujuan untukmengunjungi beberapa bekas pelajar SIS yang menyambung pelajaran di Universitas Ar-Rany Banda Acheh iaitu di Fakultas Ushuludin dan Filsafat (Fakulti Usuludin dan Falsafah) pada hari kedua.

Selain itu lawatan ke tempat-tempat bersejarah terutamanya kesan daripada bencana tsunami pada tahun 2004 juga diadakan seperti ke Masjid Raya Baiturrahman, Perkuburan Mangsa Tsunami Massal, Makam Syeikh Kuala, Taman Putri Pahang, Laman Tsunami Kapal PLTD Apung dan lain-lain lagi.

Pada malam terakhir, rombongan SIS telah diraikan oleh Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia Di Indonesia – Cawangan Aceh (PKPMI-

CA) (www.instagram.com/pkpmi_aceh/) dalam Majlis Jalinan Mahabbah dan Makan Malam SIS-PKPMI.

Semoga melalui program ini semua pihak memperolehi pengajaran dan ide terutama bagi meningkatkan prestasi SIS dalam apa jua bidang.

 

 



Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *