Kumpulan Nasyid SIS (Soutul Faizin) Juarai Gema Kontemporari Sekolah Menengah Negeri Perak

IPOH, 26 Ogos (Sabtu) – Soutul Faizin, Kumpulan Nasyid Sekolah Izzuddin Shah (SIS) telah mendapat Johan dalam Gema Kontemporari Sekolah-Sekolah Menengah Peringkat Negeri Perak yang telah diadakan di Dewan Bankuet, Bangunan Darul Ridzuan di sini. Naib Johan dimenangi oleh Az-Zahidin (SMKA Slim River) dan ketiga Sofwatunnur (SMKA Sultan Azlan Shah, Bota). 

Selain SIS, ia turut disertai oleh 14 sekolah lain dari seluruh Negeri Perak.

Soutul Faizin juga telah menggondol tiga anugerah khas iaitu Gubahan Suara Latar Terbaik, Gubahan Lagu Terbaik dan Persembahan Terbaik.

Tahniah diucapkan kepada seluruh pasukan atas kejayaan ini.


Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *