Ihtifal Ilmi SMA Peringkat Kebangsaan 2017: Pelajar SIS Memperolehi Pingat

Sekolah Izzuddin Shah (SIS) telah mewakili negeri Perak bagi beberapa acara di dalam Majlis Ihtifal Ilmi Sekolah Menengah Agama Malaysia (MIISMAM) Peringkat Kebangsaan 2017 yang telah diadakan di Pulau Pinang pada 4 hingga 6 Ogos 2017.

Majlis tahunan anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) pada tahun ini diadakan di Sekolah Menengah Agama Maahad Al-Mashoor Al-Islami, Balik Pulau, Pulau Pinang. Negeri Pulau Pinang merupakan tuan rumah pada penganjuran kali ini.

Penganjuran ini adalah bagi meningkatkan pencapaian dan perkembangan pendidikan agama Islam masa kini berdasarkan keperluan masyarakat dan negara. Ia bertepatan dengan kehendak arus perdana pendidikan negara yang memerlukan pelajar yang cerdas dalam pelajaran dan cergas dalam bersukan.

Pelajar Sekolah Agama Negeri dan Rakyat (SAN dan SAR) yang mengambil bahagian berpeluang menerima 10 markah merit untuk kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dalam negara, bagi memastikan pelajar sekolah agama menerima peluang pembelajaran yang lebih sistematik dan berdaya saing.

Acara yang diwakili oleh pelajar-pelajar SIS adalah Nasyid (L), Tilawah Al-Quran (L), Seni Khat (L), Syarahan Bahasa Melayu (L), Bahas Bahasa Melayu dan acara yang baru pertama kali diperkenalkan iaitu Bacaan Kitab Turath.

Johan Kitab Thurat: Anas Harith Fadhilah sedang membaca Kitab Thurat.
Johan Kitab Turath: Anas Harith Fadhilah sedang membaca Kitab Turath.

Adik Anas bin Harith Fadhilah Pelajar SIS yang mewakili Negeri Perak dalam pertandingan Bacaan Kitab Turath telah mendapat Johan dalam acara ini dengan mendapat markah 100%.

Tahniah diucapkan kepada seluruh warga SIS yang bertungkus lumus untuk menyertai MIISMAM ini.

Download Laporan MIISMAM 2017 (Pencapaian Negeri Perak)


Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *