Arahan Mengambil Buku Dan Kelengkapan Di Asrama ( 15 – 28 Nov 2020)

Assalamualaikum w.b.t.

Merujuk arahan yang di keluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia telah memutuskan bahawa semua sekolah di seluruh Malaysia ditutup bermula pada 9 November 2020 sehingga ke hari akhir persekolahan tahun ini iaitu pada 17 Disember 2020

  1. Oleh yang demikian, pihak sekolah meminta agar para pelajar mengambil barangan di sekolah dan asrama seperti buku dan kelengkapan pakaian. Pengosongan barang pelajar di asrama perlu dibuat kerana pihak sekolah akan melakukan kerja pembaikan katil/almari yang rosak, serta kerja pembersihan dalam bilik pada bulan Disember.
  2. Para pelajar boleh hadir ke sekolah bermula 15 November 2020 sehingga 28 November
  3. Masa untuk hadir kesekolah bermula 9.00am hingga 4.30pm sahaja. Mohon maklumkan kehadiran kepada Penolong Kanan Hal Ehwal Murid.
  4. Mohon ambil perhatian perkara-perkara berikut:

a) Pastikan memakai mask ketika memasuki kawasan sekolah dan asrama
b) Memastikan anak membawa buku untuk tujuan pembelajaran secara online di rumah
c) Memastikan anak mengambil baju/ pakaian di ampaian, mahupun di dalam baldi atau sebagainya agar sekolah ditinggalkan dalam keadaan bersih.
d) Kenderaan Ibu/bapa tidak dibenarkan memasuki kawasan asrama/Musolla
e) Pastikan anak tuan/puan menulis nama pada buku log keluar di pondok jaga. Segala kerjasama daripada pihak Tuan/Puan didahului dengan ucapan terima kasih.

Pengetua
Sekolah Izzuddin Shah


Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *