Pembatalan Kebenaran Pulang Bermalam Pada 23-25 Oktober 2020

Dimaklumkan bahawa, pihak pengurusan Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) melalui surat JAPk/PEL/70/4/1 Jld.2 (02) bertarikh 15 Oktober 2020 telah membatalkan kebenaran pulang bermalam kepada semua pelajar SMAN Perak bagi tempoh 23-25 Oktober 2020 sebagaimana yang telah diberikan sebelum ini melalui surat Bil JAPk/PEL/70/4/1(71) bertarikh 15 September 2020.

Pembatalan ini diambil sebagai langkah berjaga-jaga berikutan peningkatan kes jangkitan Covid-19 di negara kita.

Aktiviti keluar kawasan (outing) dan menerima pelawat  juga masih TIDAK DIBENARKAN.

Sekian dimaklumkan.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *