Kebenaran Pulang Bermalam Dalam Tempoh PKPP

Seperti mana yang telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) telah dilanjutkan sehingga 31 Disember 2020.

Sehubungan itu, Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) telah mengarahkan semua Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) Perak agar sentiasa mematuhi garis panduan pembukaan sekolah sepanjang PKPP berkuatkuasa. Antaranya termasuklah tidak membenarkan sebarang aktiviti keluar (outing) dan pulang bermalam serta menerima pelawat di asrama.

Sukacita dimaklumkan, Pentadbiran JAIPk hanya memberi kebenaran pulang bermalam kepada pelajar pada tarikh seperti berikut:

  • 25 – 27 September 2020
  • 23 – 25 Oktober 2020
  • 13 – 16 November 2020

Sekian dimaklumkan

 


Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *