Berita / Makluman

Pembatalan Kebenaran Pulang Bermalam Pada 23-25 Oktober 2020

Dimaklumkan bahawa, pihak pengurusan Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) melalui surat JAPk/PEL/70/4/1 Jld.2 (02) bertarikh 15 Oktober 2020 telah membatalkan kebenaran pulang bermalam kepada semua pelajar SMAN Perak bagi tempoh 23-25 Oktober 2020 sebagaimana yang telah diberikan sebelum ini melalui surat Bil JAPk/PEL/70/4/1(71) bertarikh 15 September 2020. Pembatalan ini diambil sebagai langkah berjaga-jaga berikutan peningkatan kes jangkitan Covid-19 di negara …

Kebenaran Pulang Bermalam Dalam Tempoh PKPP

Seperti mana yang telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) telah dilanjutkan sehingga 31 Disember 2020. Sehubungan itu, Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) telah mengarahkan semua Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) Perak agar sentiasa mematuhi garis panduan pembukaan sekolah sepanjang PKPP berkuatkuasa. Antaranya termasuklah tidak membenarkan sebarang aktiviti keluar (outing) dan pulang bermalam serta …

Permohonan Kemasukan Tingkatan 1 SMAN Perak 2021 Telah Dibuka – Tarikh Tutup 12 Oktober 2020

اَلسَّلاَ مُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ Peluang untuk menjadi pelajar Sekolah Izzuddin Shah, Ipoh (SIS). Permohonan Kemasukan Ke Tingkatan 1 Sekolah Izzuddin Shah dan Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) Negeri Perak bagi tahun 2021 boleh dibuat secara dalam talian pada 21 September 2020 sehingga 12 Oktober 2020 di laman web berikut: https://e-smanperak.my https://mohon.sekizzuddinshah.edu.my SYARAT-SYARAT PERMOHONAN Memperolehi sekurang-kurangnya 4A UPKK 2019 TARIKH-TARIKH PENTING BIL …

Makluman Kembali Semula Ke Sekolah Pada 19 Julai 2020 Dan Garis Panduan Pengurusan Pembukaan Semula Sekolah

Assalamualaikum. Makluman ibu bapa/ penjaga murid tingkatan 4, Merujuk kepada surat yang telah dikeluarkan oleh Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) bertarikh 6 Julai 2020 berkenaan Pembukaan Semula Sekolah, ibu bapa/ penjaga diminta untuk menghantar anak tuan/puan kembali semula ke sekolah pada 19 Julai 2020 (Ahad) ini seperti ketetapan masa berikut: TINGKATAN 4 : (Blok Tarmizi – senarai bilik ditampal …

Pembukaan Semula Sekolah Bagi Murid Bukan Kelas Peperiksaan Awam

Sukacita dimaklumkan bahawa, Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) telah menetapkan tarikh kembali ke asrama bagi murid-murid bukan kelas peperiksaan awam seperti berikut: Tingkatan 2 dan 4, Ahad 19 Julai 2020 Tingkatan 4 dan 6 (murid baharu), Isnin 20 Julai 2020 Tingkatan 1 dan 3 akan ditetapkan kemudian. Masa dan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang perlu dipatuhi oleh murid-murid dan ibu …

SIS Merangkul Pingat Emas Di Bangkok IPITEX 2020

Sekolah Izzuddin Shah Ipoh sekali lagi mencipta nama di peringkat antarabangsa buat kali kedua berturut-turut di Bangkok International Intellectual Property, Invention, Innovation and Technology Exposition 2020 (IPITEX 2020) apabila memenangi lima pingat di pertandingan inovasi tersebut yang berlangsung di Bankok Thailand pada 2 hingga 6 Februari 2020. Lebih manis apabila tahun ini SIS memperolehi satu Pingat Emas melalui inovasi AI-Math …

Thanawi 2019 – Pelajar SIS Terbaik Negeri Perak

Pelajar tingkatan 5 Sekolah Izzuddin Shah, Saudara Mohd Akmar Mirza bin Ahmad Fadhli telah memperolehi keputusan Mumtaz dalam Peperiksaan Thanawi 2019 seterusnya diisytiharkan sebagai Pelajar terbaik keseluruhan Peperiksaan Thanawi Peringkat Negeri Perak. Seramai 104 orang pelajar telah menduduki peperiksaan tersebut tahun lepas dan 100% lulus dalam peperiksaan tersebut. Daripada jumlah tersebut seramai 52 orang pelajar mendapat Mumtaz, 38 Jaid Jiddan, …

Pendaftaran Asrama dan Yuran Persekolahan Tahun 2020

Makluman kepada semua pelajar Sekolah Izzuddin Shah yang telah mendapat surat tawaran untuk meneruskan pengajian ke tingkatan 2, 3, 4, 5 dan 6 Atas bagi sesi persekolahan tahun 2020. Pendaftaran persekolahan dan asrama bagi sesi 2020 akan diadakan seperti berikut: Tarikh: 1 Januari 2020 (Rabu) Masa: 9:00 pagi hingga 12:00 tengah hari Tempat: Dewan Tan Sri Ghazali Jawi, Sekolah Izzuddin …

Cikgu Rafhan Ahmad Kembali Menemui Pencipta

انا لله وانا اليه راجعون اللهم اغفرله وارحمه وعافه واعف عنه Sabtu, 16 Nov 2019, Sekolah Izzuddin Shah Ipoh dikejutkan dengan berita yang mendukacitakan apabila salah seorang warga pendidik SIS, Cikgu Rafhan Bin Ahmad, 41 telah kembali ke Rahmatullah pada Sabtu, 16 November 2019. Allahyarham merupakan guru Matematik dan Guru Kelas Tingkatan 5 Ibnu Sina. Jenazah Allahyarham telah disolatkan oleh …

Permohonan Kemasukan Ke Tingkatan 1 Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) Perak 2020 – Keputusan Tawaran Bermula 26 Dis 2019 Pukul 12.00 Tengah Hari

اَلسَّلاَ مُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ Peluang untuk menjadi pelajar Sekolah Izzuddin Shah, Ipoh (SIS). Permohonan Kemasukan Ke Tingkatan 1 Sekolah Izzuddin Shah dan Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) Negeri Perak bagi tahun 2020 KINI DIBUKA dan boleh dibuat secara dalam talian sehingga 5 Disember 2019 di laman web berikut: https://digital.perak.my/sman https://mohon.sekizzuddinshah.edu.my   SYARAT-SYARAT PERMOHONAN Memperolehi sekurang-kurangnya 3A 3B …

Selamat Menduduki Peperiksaan SPM & STPM 2019

Kepada semua pelajar-pelajar tingkatan 5 dan tingkatan 6 atas Syariah, Sekolah Izzuddin Shah, Ipoh. Pihak pengurusan sekolah mengucapkan Selamat Menjalani Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) tahun 2018 yang bermula pada 14 Oktober 2019 (SPM) dan 4 November 2019 (STPM). Sentiasa bermohon dan bermunajatlah kepada Allah s.w.t, agar diberi petunjuk dan kemudahan semasa menjalani peperiksaan. Didoakan …

Selamat Menjalani Peperiksaan PT3 2019

Assalamualaikum w.b.t. Kepada semua pelajar-pelajar tingkatan 3, Sekolah Izzuddin Shah, Ipoh. Pihak pengurusan sekolah mengucapkan Selamat Menjalani Peperiksaan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) bagi tahun 2019 yang akan bermula beberapa hari lagi iaitu pada Isnin 30 September 2019. Sentiasa bermohon dan bermunajatlah kepada Allah s.w.t, agar diberi petunjuk dan kemudahan semasa menjalani peperiksaan. Didoakan agar semua calon diberikan ketenangan dan petunjuk …