Makluman Kembali Semula Ke Sekolah Pada 19 Julai 2020 Dan Garis Panduan Pengurusan Pembukaan Semula Sekolah

Assalamualaikum.

Makluman ibu bapa/ penjaga murid tingkatan 4,

Merujuk kepada surat yang telah dikeluarkan oleh Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) bertarikh 6 Julai 2020 berkenaan Pembukaan Semula Sekolah, ibu bapa/ penjaga diminta untuk menghantar anak tuan/puan kembali semula ke sekolah pada 19 Julai 2020 (Ahad) ini seperti ketetapan masa berikut:

TINGKATAN 4 :
(Blok Tarmizi – senarai bilik ditampal di pintu bilik/dinding blok)

  • 4 SINA 2.00 ptg – 3.00 ptg
  • 4 RUSHD 3.00 ptg – 4.00 ptg
  • 4 KHALDUN 4.00 ptg – 5.00 ptg
  • 4 NAFIS 5.00 ptg – 6.00 ptg

 

Taklimat wajib kepada semua pelajar Tingkatan 4 oleh warden bertugas di musolla jam 6.00 ptg

Murid dan ibu bapa/ penjaga diingatkan untuk mematuhi Garis Panduan Pengurusan Pembukaan Semula Sekolah yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Garis Panduan:

  1. Hanya pelajar dan seorang penjaga (ibu/ bapa/ waris) dibenarkan masuk ke kawasan sekolah.
  2. Sila patuhi waktu yang ditetapkan untuk mengelakkan berlaku kesesakan.
  3. Murid yang sihat sahaja dibenarkan kembali ke asrama.
  4. Saringan kesihatan akan dilakukan semasa pendaftaran di pintu pagar masuk sekolah. Murid yang didapati mempunyai suhu badan 37.5°C dan ke atas atau bergejala, dinasihatkan untuk dibawa pulang oleh ibu bapa/ penjaga.
  5. Tiada lawatan oleh ibu bapa/ penjaga pada hujung minggu kecuali hal-hal kecemasan.
  6. Murid tidak dibenarkan outing (aktiviti keluar) dan pulang bermalam.
  7. Jika murid bergejala sewaktu sesi persekolahan, pihak sekolah akan menghubungi ibu bapa/ penjaga.

 

Garis panduan ini diguna pakai sehingga KPM mengeluarkan pemakluman lanjut.

Makluman tambahan:

  1. Pelajar yang kembali ke asrama/sekolah perlu mematuhi peraturan sekolah yang ditetapkan; termasuklah tidak membawa telefon bimbit/sebarang peranti elektronik serta telah memotong rambut pendek dan kemas mengikut garis panduan pelajar sekolah oleh pihak KPM.
  2. Pelajar diminta membawa bersama buku teks, buku kerja dan buku latihan.
  3. Ibubapa sangat digalakkan utk membekalkan anak-anak dengan ‘face mask’ dan ‘sanitizer’.
  4. Pelajar diminta untuk membawa sejadah sendiri.

 

Bagi pelajar Tingkatan 1, 2 dan 3, tarikh kembali ke asrama adalah pada 3 Ogos 2020 (Ahad) dengan SOP yang akan ditentukan kelak.

Pelajar-pelajar dibenarkan untuk pulang bercuti Aidil Adha pada hari Rabu 29 Julai 2020 selepas waktu persekolahan dan kembali ke asrama pada 3 Ogos 2020 (Ahad).

Sekian, Terima Kasih.

PENGETUA
SEKOLAH IZZUDDIN SHAH


Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *