Cikgu Rafhan Ahmad Kembali Menemui Pencipta

انا لله وانا اليه راجعون
اللهم اغفرله وارحمه وعافه واعف عنه

Sabtu, 16 Nov 2019, Sekolah Izzuddin Shah Ipoh dikejutkan dengan berita yang mendukacitakan apabila salah seorang warga pendidik SIS, Cikgu Rafhan Bin Ahmad, 41 telah kembali ke Rahmatullah pada Sabtu, 16 November 2019.

Allahyarham merupakan guru Matematik dan Guru Kelas Tingkatan 5 Ibnu Sina.

Jenazah Allahyarham telah disolatkan oleh seluruh warga SIS di Surau Al-Azam Sekolah Izzudin Shah pagi ini dan dikebumikan di Kampung Jeliang, Manong Perak.

Semoga Allah mengampunkan segala dosanya, diluaskan kuburnya, di tempatkan didalam golongan orang-orang yang beramal soleh dan dimasukkan ke syurgaNYA

Salam takziah buat ahli keluarga Allahyarham dan seluruh warga Sekolah Izzuddin Shah. Semoga jasa bakti alahyarham sepanjang di SIS di lipat gandakan ganjaranya oleh Allah s.w.t.


Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *