Pengetua SIS: Terima Kasih Ustaz Faiz Dan Ahlan Wasahlan Ustaz Munawir

Seluruh warga Sekolah Izzuddin Shah Ipoh merakamkan penghargaan dan terima kasih serta Salam Perpisahan kepada Ustaz Faiz bin Muhammad Rafaai yang telah menamatkan khidmatnya sebagai Pengetua SIS pada 31 Mei 2021.

Ustaz Faiz yang telah menggalas tugas sebagai Pengetua SIS selama dua tahun setengah bermula 1 November 2018 telah bertukar ke Unit Pengurusan Sekolah, Bahagian Pendidikan Jabatan Agama Islam Perak berkuat kuasa 1 Jun 2021.

Semoga segala usaha Ustaz dalam membangunkan SIS selama ini diberi ganjaran oleh Allah s.w.t. dan dapat diteruskan.

Warga SIS juga dengan sukacitanya mengalu-alukan dan mengucapkan tahniah kepada Ustaz Ahmad Munawir bin Salehuldin@Salehuddin yang telah dilantik sebagai Pengetua SIS yang ke-14 sejak penubuhan SIS pada tahun 1959 berkuat kuasa 1 Jun 2021.

Ustaz Munawir yang mendapat pendidikan lulusan B.A. Hons Usuluddin (Tafsir) Universiti Al-Azhar Mesir dan Diploma Pendidikan Bahasa Arab, Maktab Perguruan Islam Bangi juga merupakan Bekas Pelajar Sekolah Izzuddin Shah.

Semoga kehadiran Ustaz dapat meneruskan kegemilangan SIS dan terus Menuju Ke Matlamat Yang Tertinggi.

إلى الغاية القصوى
“MENUJU MATLAMAT TERTINGGI”
#SISMumtaz


Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *