Yuran Persekolahan SIS 2018 Dan Pendaftaran Asrama

Makluman kepada semua pelajar Sekolah Izzuddin Shah yang telah mendapat surat tawaran untuk meneruskan pengajian ke tingkatan 2, 3 dan 5  bagi sesi persekolahan tahun 2018. Pendaftaran persekolahan dan asrama bagi sesi 2018 akan diadakan seperti berikut:

Tarikh: 1 Januari 2018 (Isnin)
Masa: 9:00 pagi hingga 12:00 tengah hari
Tempat: Dewan Tan Sri Ghazali Jawi, Sekolah Izzuddin Shah.

Sekiranya tidak mendaftarkan diri pada tarikh dan masa yang ditetapkan, tawaran tersebut dengan sendirinya akan terbatal. Sila bawa surat tawaran asal semasa mendaftar.

Etika pakaian semasa mendaftar:

  1. Baju T keluar kawasan (berwarna kuning)
  2. Seluar slack hitam (potongan seluar sekolah)
  3. Kasut sekolah (kulit/pvc hitam), stokin putih.
  4. Bersongkok hitam.

Berikut adalah senarai yuran sesi persekolahan 2018 dan bayaran hendaklah dijelaskan semasa pendaftaran.

> Muat turun senarai yuran SIS 2018.


Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *