Bermula tahun 2017, Kurikulum Bersepadu Dini (KBD) digunakan bagi pelajar baharu Tingkatan 1 di Sekolah Izzuddin Shah, Ipoh, menggantikan Kurikulum Aliran Azhariah yang diguna pakai sebelum ini. Terdapat 3 aliran dijalankan iaitu
- KBD + Aliran Tahfiz
- KBD + Hafazan Al-Quran
- KBD + Hafazan Al-Quran + Pengajian Tafaqquh Turath
SENARAI MATA PELAJARAN KBD DI SIS
TERAS (KSSM)
- Bahasa Arab
- Bahasa Inggeris
- Bahasa Melayu
- Geografi
- Matematik
- Reka Bentuk Teknologi
- Sejarah
- Sains
DINI (KBD)
- Syariah
- Usuluddin
*Menggunakan Bahasa Arab.
TAMBAHAN MENGIKUT ALIRAN
- Tasmik (Aliran Tahfiz)
- Tafaqquh Turath (Aliran Pengajian Tafaqquh Turath)
DOKUMEN STANDARD KURIKULUM (DSK)
Dokumen Standard Kurikulum Bersepadu Dini (KBD) boleh dipindah turun di sini
PELAKSANAAN ALIRAN KBD DAN TAHFIZ DI SEKOLAH IZZUDDIN SHAH
- Pelaksanaan KBD dan Tahfiz adalah menggabungkan dua komponen Tahfiz al-Quran dengan mata pelajaran sedia ada dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KSSM) dan Kurikulum Bersepadu Dini (KBD)
- Pengintegrasian komponen ini diharap dapat melahirkan generasi pelajar yang menghafaz al-Quran (al-Hafiz), menguasai dan mengamalkan ilmu-ilmu al-Quran di samping ilmu-ilmu lain.
Matlamat Penubuhan Aliran Tahfiz yang diilhamkan oleh YAB Menteri Besar Perak
- Mampu memahami isi kandungan al-Quran dan menjadi rujukan masyarakat.
- Memelihara isi kandungan al-Quran dan keaslian bacaannya dari sebarang penyelewengan.
- Mempunyai ilmu pengetahuan, beramal soleh, bertakwa kepada Allah s.w.t. dan berakhlak mulia.
Objektif Aliran Tahfiz
- Melahirkan modal insan yang menghafaz dan memahami 30 juzuk al-Quran.
- Melahirkan modal insan yang mahir dalam bidang agama dan profesional berlandaskan al-Quran.
Agihan Juzuk Hafazan Mengikut Tingkatan
TINGKATAN | JUZUK | JUMLAH JUZUK |
Satu | 30, 1, 2, 3, 4, 5 | 6 |
Dua | 6 hingga 12 | 7 |
Tiga | 13 hingga 18 | 6 |
Empat | 19 hingga 25 | 7 |
Lima | 26 hingga 29 | 4 |
Kaedah Hafazan Yang Diamalkan
- Kelancaran
- Talaqqi dan Musyafahah
- Hafazan
- Tasmi’
- Murajaah / Ulangan
PELAKSANAAN ALIRAN KBD, TAFAQQUH TURATH DAN HAFAZAN AL-QURAN DI SEKOLAH IZZUDDIN SHAH
Tafaqquh
Sabda Rasulullah s.a.w.
“Barang siapa yang Allah kehendaki baginya kebaikan, maka Dia akan memberikan pemahaman yang mendalam dalam urusan agama”
Tafaqquh Turath
Kitab Turath adalah khazanah ilmu warisan ulama terdahulu yang mempunyai keistimewaan tersendiri. Kebanyakannya mempunyai sanad yang bersambung kepada sumber mutlak pembawa risalah terakhir iaitu baginda Rasulullah s.a.w.
Perbahasan Kitab Turath
Para ulamak silam menulis berbagai-bagai perbahasan dan penjelasan mengenai kitab yang diajarnya dalam pelbagai disiplin ilmu dalam pengajian Islam. Ini termasuklah ilmu:
- Tafsir;
- Hadis;
- Fiqh;
- Usul Fiqh;
- Akidah;
- Mantiq; dan
- Ilmu alat yang penting seperti Bahasa Arab
Kaedah Pembelajaran Turath
Talaqqi dan musyafahah – iaitu pelajar perlu hadir berdepan dengan para guru di mana tuan guru tersebut merupakan seorang yang sangat mahir mengenai kitab yang diajarkan.
Senarai Kitab Turath Tingkatan Satu
- Al-Ajurumiah
- Matan Binak wa al-Asas
- Ummul Barahin
- Sittin Maslahatan
- Miftahul Jannah
- Syarah al-Makudi
- Idaman Penuntut Kitab Jawi
Pelajar Juga Perlu Menghafaz Surah-surah Pilihan al-Quran
- Juz 30
- Surah al-Baqarah
- Surah al-Kahfi
- Surah as-Sajadah
- Surah Yassin
- Surah ar-Rahman
- Surah al-Waqiah
- Surah al-Mulk