Falsafah Pendidikan & Piagam Pelanggan

Falsafah Pendidikan Negara

“Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.  Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.”

Falsafah Pendidikan Islam

“Pendidikan Islam adalah suatu usaha berterusan untuk menyampaikan ilmu, kemahiran dan penghayatan Islam berdasarkan Al-Quran Dan As-Sunnah bagi membentuk sikap, kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba Allah yang mempunyai tanggungjawab untuk membangun diri, masyarakat, alam sekitar dan kesejahteraan abadi di akhirat.”

Falsafah Pendidikan Sekolah

  1. Membentuk Pelajar Beriman,Berilmu Dan Beramal Soleh.
  2. Membentuk Pelajar Berakhlak, Berdidiplin Serta Bertanggungjawab.
  3. Melahirkan Kesedaran Diri, Pengembangan Potensi Dan Daya Kreasi.
  4. Melahirkan Pelajar Yang Sedia Menerima Perubahan Pembangunan Rohani Dan Jasmani.
  5. Melahirkan Pemimpin Yang Berjiwa Islam Dan Berwibawa.


Piagam Pelanggan

Kami warga Sekolah Izzuddin Shah dengan penuh tekad dan iltizam berjanji,

  1. Menjalankan tugas dengan berdisiplin, proaktif, komited, kreatif dan bertanggungjawab.
  2. Menyediakan peluang pendidikan dengan kemudahan-kemudahan yang lengkap dan selesa kepada semua pelajar.
  3. Membantu pelajar-pelajar mendapatkan pendidikan yang sempurna dan adil tanpa mengira sosioekonomi dan budaya.
  4. Membentuk melahirkan pelajar-pelajar yang berakhlak mulia yang seimbang dari segi rohani, emosi, mental dan fizikal.
  5. Memastikan keselamatan dan kebajikan pelajar dapat diurus berteraskan budaya penyayang.
  6. Mewujudkan hubungan dan kerjasama yang erat dengan semua pihak demi meningkatkan kualiti pendidikan secara menyeluruh.