Tarikh Pulang Ke Kampung Bulan Oktober Dan Pemukiman Pelajar Tingkatan 4

Sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, sempena perayaan Depavali pada 18 Oktober 2017, sesi persekolahan akan bercuti pada 16 hingga 20 Oktober 2017.

Sehubungan itu, pelajar dibenarkan pulang ke rumah pada hari Jumaat, 13 Oktober 2017 selepas solat Jumaat dan kembali semula ke asrama pada hari Ahad 22 Oktober 2017 sebelum pukul 6 petang.

Walau bagaimanapun, pelajar tingkatan empat hanya dibenarkan pulang pada hari Sabtu 14 Oktober 2017 kerana terlibat dengan Program Perkampungan Akademik yang diawalkan sehari berbanding takwim yang telah dirancang sebelum ini. Program dijadualkan tamat pukul 12.30 tengah hari dan pelajar dibenarkan pulang selepas makan tengahari.


Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *